MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

MAJLIS BELIA NEGERI KELANTAN

SEJARAH RINGKAS
Pertandingan Syarahan Minggu Belia Tanah Melayu yang diadakan di Kelantan telah menarik perhatian masyarakat, Tunku Zainab Tunku Zakaria, Pegawai Kebajikan Masyarakat Kelantan telah dapat menemukan pemimpin Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan pemimpin pertubuhan belia Kelantan. Oleh itu pada bulan November 1953, resolusi menubuhkan Majlis Belia Negeri Kelantan telah dibuat dan Mesyuarat Penubuhannya telah dicadangkan dalan bulan Februari 1954.

Mulai daripada itu, MBK telah menjayakan program-program anjuran MBM seperti Minggu Belia Warganegara, menghadiri Mesyuarat Agung MBM, menganggotai Jawatankuasa MBM ( 1955/56 ) dan dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan sebagai wakil MBM.

Apabila MBM menyusun semula struktur organisasinya, maka MBK turut disusun dan dikemas kini pada 28 Oktober 1962 dan didaftarkan secara rasmi pada 11 Mac 1969 dan seterusnya aktif bersma-sama MBM. Selepas MBM menyusun semula perlembagaannya pada tahun 1976, MBk menjadi badan gabungan MBM secara rasmi pada 28 April 1978.

OBJEKTIF
Mengakui bahawa MBK adalah badan induk serta merupakan badan penyelaras kepada pergerakan belia dalam Negeri Kelantan maka tujuan-tujuan MBK adalah seperti berikut: -

1. Menggalakkan, mengembang dan memajukan pergerakan belia melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan, latihan seminar dan mengadakan kemudahan-kemudahan yang cukup bagi kepentingan dan kemajuan belia-belia di Negeri Kelantan

2. Merancang dan menyelaraskan projek-projek and aktiviti-aktiviti belia dalam Negeri Kelantan.

3. Menimbang dan mengawasi perkara-perkara berhubung dengan aktiviti belia yang mendatangkan kebajikan dan faedah kepada ahli dan masyarakat.

4. Mendapatkan perwakilan (representation) belia dalam lembaga, majlis, jawatankuasa dan lain-lain badan yang ditubuhkan oleh kerajaan, badan-badan berkanun atau lain-lain institusi.

5. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada Kerajaan, Majlis Perudingan Belia Negeri, badan-badan berkanun atau kepada badan-badan yang lain mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan belia.

6. Menggalakkan penyertaan atau penglibatan semua kaum dan pihak termasuk institusi-institusi swasta dan profesional bagi manfaat perkembangan pergerakan belia di Negeri Kelantan.

7. Mendapat serta mentadbirkan wang atau harta bagi mencapai tujuan-tujuan MBK daripada agensi-agensi Kerajaan, Yayasan-yayasan, orang-orang perseorangan dan sumber-sumber lain.

8. Dengan cara berunding membantu menubuhkan persatuan baru atau pertubuhan untuk kemajuan kerja-kerja belia sekarang ini belum ada di dalam negeri.

Loading

TOP