MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
MAJLIS BELIA NEGERI KEDAH
SEJARAH RINGKAS
Dengan hasrat yang kuat untuk bersatu dan bekerjasama untuk faedah bersama maka pertubuhan-pertubuhan belia di Negeri Kedah telah membuat keputusan untuk menubuhkan Majlis Belia Negeri Kedah yang beribu pejabat di Alor Setar. Setelah beberapa kali berunding maka Majlis Belia Negeri Kedah selamat ditubuhkan dalam tahun 1970.
MATLAMAT
Tugas Majlis ini ialah untuk menjalankan dasar dan rancangan Majlis dan juga Badan-Badan Gabungan Majlis, keputusan Majlis Mesyuarat Agong Majlis Belia Negeri dan Jawatankuasa Kerja Majlis dari masa ke semasa di samping menyelaraskan rancangan-rancangan Badan Gabungan Majlis.
OBJEKTIF
1. Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip-prinsip sukarela dalam Pergerakan Belia
2. Menyebar penerangan dan maklumat mengenai cara-cara teknik dan kegiatan-kegiatan Majlis Pertubuhan Belia.
3. Mengemukan pendapat dan perakuan kepada Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau kepada Badan-Badan yang lain mengenai perkara Pergerakan Majlis dan lain-lain Pertubuhan Belia.
4. Menggalak persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan-kegiatan Majlis.
5. Membantu memajukan kegiatan-kegiatan belia dan menggalakkan kerja sukarela menerusi usaha bersama, perkembangan kerja-kerja oleh Pertubuhan Belia Sukarela.
6. Bekerja rapat dengan Kerajaan Negeri dalam memajukan penghidupan rakyat dalam negeri ini khasnya rancangan-rancangan untuk kemajuan Belia.
7. Menyatukan, menyusun dan menggembling tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan negara untuk menegakkan masyarakat adil.
8. Menggalakkan dan menganjurkan pengkajian latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan.
9. Menjalankan kegiatan-kegiatan yang bercorak ekonomi seperti Koperasi Perniagaan dan Perindustrian dengan syarat :-
" Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Majlis ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Majlis ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atan bonus kepada sebarang ahli Majlis. Sungguh bayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-dua kepada sebarang ahli atau pekerja Majlis ini "
10. Berusaha untuk memelihara, memperkembangkan dan mempertahankan keutuhan agama, Bahasa Malaysia dan Kebudayaan Kebangsaan berteraskan Kebudayaan Melayu.

KEJAYAAN LUAR BIASA PROGRAM BELIA
Persatuan Belia Bimbingan Alor Setar Kedah
Persatuan ini telah ditubuhkan di Alor Setar Kedah pada 24.4.1968. Tujuan utama persatuan ini ialah membimbing pelajar-pelajar yang tercicir dari persekolahan peringkat Sijil Pelajaran malaysia (SPM) untuk meneruskan pendidikan mereka hingga ke peringkat universiti dengan cara berbincang sesama sendiri dan ceramah oleh pekerja-pekerja sukarela yang berminat seperti guru-guru dan pelajar-pelajar universiti.
Hasil dari usahanya yang gigih, persatuan ini telah berjaya melahirkan ramai pemimpin-pemimpin dalam bidang politik, akedemik, perkhidmatan awam, keusahawanan, pendidikan, kemasyarakatan dan lain-lain. Persatuan ini juga telah berjaya membina bangunannya sendiri.
Disamping bergerak aktif dalam bidang pendidikan untuk ahli-ahlinya, persatuan ini juga terlibat dengan cergas membentuk masyarakat tempatan dalam bidang pendidikan, pertanian, kerja-kerja kebajikan dan lain-lain.
Di atas kejayaan ini, persatuan ini telah memenangi anugerah Kurnia Belia Jaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun 1975 dan anugerah Nadezhda K. Krupskaya oleh United Nations Educational,Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) pada 18 September 1991.