MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

MAJLIS BELIA ASIA

SEJARAH RINGKAS
Majlis Belia Asia telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 14 Ogos 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein dengan dihadiri oleh wakil dari 14 pertubuhan-pertubuhan belia dari negara-negara ASEAN. YAM Tunku Abdullah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Presiden Pertama bagi Majlis ini.

Majlis ini berfungsi sebagai badan penyelaras bagi pertubuhan-pertubuhan belia di Asia dan Pasifik. Ia adalah badan yang bukan Kerajaan dan badan sukarela yang berusaha untuk menggalakkan keamanan dan sikap baik di kalangan ahli-ahlinya supaya terjalin persefahaman antarabangsa dan menghormati kepelbagaian nilai-nilai kebudayaan yang kaya di rantau ini.

OBJEKTIF
1. Mengiktiraf Deklarasi Antarabangsa mengenai hak manusia sebagai asas tindakan.

2. Melaksanakan Program Pembangunan berdasarkan kepada keadilan universal, ekonomi, sosial dan politik.

3. Menggalakkan keamanan, ingatan baik dan perpaduan di kalangan ahli dan negara-negara ASIA bagi meningkatkan persefahaman antarabangsa dan menghormati kepelbagaian.

4. Membantu orang muda di Asia supaya menumpukan perhatian terhadap keperluan mereka dan tanggungjawab sebagai rakyat masyarakat yang demokratik.

Loading

Maklumat Lanjut / More Info

Muzium Belia

TOP