MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

SEJARAH RINGKAS
Pada tanggal 3 Ogos 1966 bertempat di Dewan Belia Kampung Pandan, Kuala Lumpur telah berlangsung upacara perasmian penubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia. Perasmian ini telah dilakukan oleh YB Dato' Engku Mohsein bin Abd. Kadir, Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Seramai 150 ahli perwakilan dari seluruh negara telah hadir. Sejak dari tarikh itu gerakan ini telah berkembang dengan pesatnya menubuhkan cawangan-cawangannya di seluruh Semenanjung Malaysia di peringkat negeri dan kawasan. Kini gerakan 4B mempunyai sebanyak 12 cawangan negeri dan 133 cawangan kawasan dengan keahlian seramai 280,000 orang.

OBJEKTIF
1. Menyatu, menyusun dan menggemblingkan tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan negara dan untuk menegakkan masyarakat yang adil.

2. Memberi pendidikan rohani dan jasmani.

3. Melatih ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya dalam perjalanan pergerakan belia, masyarakat dan negara.

4. Menggalak dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan.

5. Memaju dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahki-ahli untuk mengwujudkan masyarakat yang lebih makmur.

6. Menaja dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulin yang berdasarkan rasa tanggungjawab dan keikhlasan.

7. Menaggalakkan ahli-ahli bergerak ke arah kehidupan yang sempurna yang berasaskan kehormatan diri dan sifat-sifat berdikari yang berdisplin.

8. Berusaha untuk memelihara, memperkembangankan dan mempertahankan keutuhan Bahasa Malaysia dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

9. Berkerjasama dengan Kerajaan dan Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela yang sehaluan dengan kehendak-kehendak, tujuan dan perjuangan GERAKAN.

10. Memajukan sokongan kepada Kerajaan dan kepada badan-badan lain yang sesuai.

11. Berusaha memaju dan memperkembangan Agama Islam, agama rasmi negara.

Loading

TOP