MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG
Pada tahun 1948, Konvensyen Pelajar-Pelajar Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah membuat ketetapan menubuhkan GABUNGAN PELAJAR-PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG atau lebih dikenali dengan singkatan GPMS.
Penubuhan GPMS adalah digerakkan oleh lima orang mahasiswa dari Raffles College dan Kolej Perubatan King Edward, Singapura. Mereka diketuai oleh Aminuddin Baki, Abdul Wahab Arif, Mohd, Nor Marahakim, Abdullah Majid dan seorang siswi perubatan iaitu Siti Hasmah Mohd. Ali. Mereka berlima ini bertanggungjawab mengadakan konvensyen dan menubuhkan jawatankuasa sementara GPMS.
Selepas pendudukan Jepun, Tanah Melayu telah bergolak dan kesedaran bangsa Melayu yang sehingga hari ini sempat sedar telah menjadikan Mukadimah Perlembagaan GPMS. GPMS dibina di atas kesedaran bangsa Melayu, Agama Islam dan menjadi persatuan pelajar kebangsaan yang pertama kali ditubuhkan di negara ini.
GPMS telah memperkenalkan konsep kelas bimbingan di negara ini dalam tahun 1950an. Kegiatan Kelas Bimbingan ini mendapat sambutan baik daripada pada pelajar dan masyarakat. Mulai tahun 1960an badan-badan belia di negara ini telah mula menjadikan kelas bimbingan sebagai aktiviti persatuan masing-masing.
Dalam tahun 1958, GPMS mula menerokai aktiviti baru dengan mengadakan Kursus Pelajar. Dalam kursus ini perkhidmatan masyarakat diperkenalkan. Ahli-ahli GPMS khususnya dari Universiti Malaya telah mendampingi masyarakat dan maniupkan kesedaran bahawa pelajaran kunci kemajuan bangsa. Dari kejayaan program ini, projek Gerakan Obor dipergiatkan. Kemudian dalam tahun 1971, GPMS melancarkan Operasi Pembangunan Masyarakat dibeberapa buah tempat di negara ini.
Kini GPMS terus memberikan sumbangan kepada negara melalui program pendidikan, kebajikan, keagamaan dan kebudayaan. Keseluruhan program ini dipadankan dengan tujuan GPMS iaitu ' menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dan segenap lapisan '.
29 Jun 1973 masyarakat Melayu umumnya telah menerima GPMS sebagai badan yang telah bergerak dan menggerakkan orang-orang Melayu untuk menyedari akan kepentingan pelajaran. Tidak syak lagi peranan yang telah dimainkan oleh GPMS menyuburkan semangat dan menjadi asas bertindak kepada pihak-pihak berkuasa dalam memajukan pesarana Melayu di negara ini. Tidak syak lagi apa yang telah dicapai pada masa ini terutama dengan lahirnya Universiti Kebangsaan dan telahpun mengeluarkan siswazah pertama telah membuktikan tentang hasrat dan cita-cita yang telah diabadikan dengan amalan tertentu.