MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

BRIGED PUTERA MALAYSIA

SEJARAH RINGKAS
Briged Putera atau nama Inggerisnya ' The boy's Brigede ' telah ditubuhkan di Glassgow pada 4 Oktober 1883 oleh Sir William Alexander Smith.

Ia merupakan pertubuhan Belia Berunifom yang tertua sekali di dunua. Sekarang ini Briged Putera boleh didapati di 60 buah negara di seluruh dunia.

Briged Putera telah diperkenalkan di Malaya oleh encik Robert Davis dan Encik Geh Hun Kheng merupakan Kapten yang pertama bagi Kompeni Briged Putera Pulau Pinang yang pertama yang juga merupakan kompeni Briged putera yang pertama ditubuhkan di Malaya pada bulan September 1964. Apabila Malaya mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, Briged Putera telah diberi penghormatan untuk mengambil bahagian dalam perarakan kemerdekaan.

Pada 5 Disember 1964, Majlis Briged Putera Malaya Persekutuan telah digantikan dengan Briged Putera Malaysia.

Sekarang ini terdapat 51 Kompeni Briged putera di seluruh Malaysia. Dalam tahun 1989, buat pertama kalinya kakitangan tetap dilantik untuk bekerja di bawah Sekretariat Kebangsaannya yang berada di Kuala Lumpur.

OBJEKTIF
1. Untuk memajukan Dunia Chirst di kalangan budak-budak lelaki dan menggalakkan sifat taat setia, pujaan, displin dan hormat diri sendiri dan semua yang membawa kepada Keagungan Christian.

2. Mewujudkan program-program yang bermakna dan menyeronokkan ke arah kepada kebaikan dari segi pendidikan, jasmani, rohani dan sosial.

3. Pembangunan sifat-sifat dispilin, hormat diri sendiri, kecekapan dan kerjasama pasukan menerusi penggunaan uniform, lencana dan kawat.

MAJLIS KEBANGSAAN YMCA MALAYSIA

SEJARAH RINGKAS
Pergerakan YMCA ( Persatuan Pemuda-Pemuda Kristian ) telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1900-an. YMCA Kuala Lumpur telah ditubuhkan dalam tahun 1905 diikuti dengan penubuhan yang lain di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia.

Majlis Kebangsaan YMCA Malaysia telah di asaskan dalam athun 1950 dengan fungsi menyelaraskan kerja-kerja YMCA di dalam dan luar negeri. Majlis Kebangsaan YMCA Malaysia adalah satu pergerakan nasional di dalam perikatan YMCA Asia yang berubu pejabat di Hong Kong. Bagaimana pun tiap-tiap pergerakan nasional YMCA adalah bebas dan mempunyai ciri dan gaya organisasi tersendiri selaras dengan kehendak dan aspirasi nasional.

YMCA adalah pertubuhan antarabangsa yang berasaskan kepada prinsip-prinsip ugama Kristian. Keanggotaan YMCA terbuka kepada semua, termasuk kaum wanita yang berkelakuan baik dan bersimpati dengan tujuan dan objektifnya.

OBJEKTIF
YMCA berusaha untuk mengatasi perbezaan kelas, bangsa dan fahaman politik. Sebagai pergerakan kristian ia akan berusaha untuk melengkapkan orang muda, peluang-peluang untuk pembangunan peribadi badan, fikiran dan semangat.

Loading

Maklumat Lanjut / More Info

Muzium Belia

TOP