MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

BELIA ZAMAN SILAM DAN MASA KINI

" Maka banginda memilih anak tuan-tuan yang baik-baik, 40 banyak. Dan Tuan Bija Sura akan penghulu….. Itulah orang yang ternama 9 orang, Hang Jebat seorang, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan, Hang Husin, Hang Tuah, orang 9 itulah yang tiada boleh bertara. Barang lakunya tiada berturut oleh orang lain. Dan akan Hang Tuah itulah yang lebih cerdik, gagah berani, daripada yang lain….. Disebut oleh samanya muda-muda Laksamana " ( Sejarah Melayu, 1961, halaman. 116 ).

Peranan dan sumbangan kaum belia negara ini boleh dijejaki sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke - 15 lagi kata-kata di atas dipetik dari buku SEJARAH MELAYU yang menggambarkan perihal terdapat sekumpulan belia yang gagah berani, berkhidmat dengan raja Melaka. Ketua mereka Tun Bija Sura, sebagai sebahagian daripada Institusi Kesultanan dan kerajaan Melaka, mereka sedia berkhidmat dengan taatsetia kepada raja Melaka demi untuk mempertahankan maruah dan mertabat kerajaan dan negeri Melaka. Ketika itu, sifat-sifat kepahlawanan, keberanian dan toleran, taat setia yang tidak berbelah bagi menjadi tonggak disalurkan untuk membina kekuatan dan keutuhan dan ketahanan negeri.

Fakta Sejarah ini jelas membuktikan betapa telah wujud dikalangan belia sejak zaman silam lagi yang perihatin terhadap raja, kerajaan, negeri dan masyarakat. Mereka mempunyai tanggungjawab fizikal dan mentel kepada ketahanan negeri dan empayar melaka. Hang Tuah adalah tokoh belia yang berkebolehan, berwibawa dan berkarisme serta daya keperihatinan terhadap raja dan kerajaan yang unggul. Kebolehan yang ditunjukkan pada masa belianya berjaya mempertingkatkan taraf sosial dan kerjayanya sehingga menjadi seorang Laksamana, salah seorang daripada Pembesar Empat Melaka.

Corak berkumpulan dan kaedah kegiatan belia pahlawan ini mungkin tidak sama dengan corak perkumpulan dan kegiatan belia masakini yang mempunyai struktur, susunan, organisasi, displin dan matlamat yang kompleks. Ini adalah kerana perbezaan zaman, berlainan waktu hidup dan ketidaksamaan sejarah alam sekeliling.

Bagaimanapun, hakikatnya dalam masyarakat adalah sama. Prinsip perkumpulan, sifat bersatu padu, semangat setia-kawan dan berkerjasama, keperihatinan untuk mendukung serta menegak dasar dan sistem bertatanegara dan berkerajaan adalah serupa dari zaman awal Melaka hinggalah sekarang. Iaitu sifat taatsetia dan menyokong kukuh Institusi Raja ( sekarang Raja Berperlembagaan ). Perihatin dan kedaulatan bangsa, mengasah bakat, semangat kental berjuang untuk membela keadilan masyarakat, mempertahan dan menegak maruah bangsa dan agama serta berjiwa patriotik.

Abad ke - 15 dan zaman sekarang ada kesinambungan sejarah kegiatan belianya.

TOP