MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
BELIA KAMPUNG SERONOK TERIMA ANUGERAH BELIA KOMANWEL
SEJARAH RINGKAS
Anugerah Belia Komanwel adalah anuran Sekretariat Komanwel London di bawah program Belia Komanwel. Setiap tahun, lima anugerah diberikan kepada negara-negara Komanwel di seluruh dunia.
Anugerah ini akan diberi kapada satu pasukan belia yang menganjurkan sesuatu projrk belia. Projek belia yang dianjurkan oleh pasukan ini akan dicalonkan oleh Kementerian yang berkaitan dengan belia di sesebuah negara Komanwel.
Secara ringkas anugerah ini adalah bertujuan:
i. Untuk mengiktiraf dan sebagai hadiah ke atas segala sumbangan yang diberikan oleh golongan belia ( dalam hal ini berumur di antara 15 - 24 tahun ) dalam pembangunan masyarakat setempat mereka.
ii. Untuk mengiktiraf kejayaan golongan belia yang dalam satu pasukan kecil (kebiasaannya di antara 16 - 20 orang) supaya ianya menjadi daya dorongan kepada belia lain untuk bekerja dalam satu pasukan.
iii. Untuk menjalin kerjasama dan pertukaran idea serta pengalaman di antara belia Komanwel.
Anugerah ini akan diberikan dalam bentuk wang tunai sebanyak seribu pound sterling. Di samping itu setiap ahli dalam pasukan itu akan diberi sijil dan cenderamata.
Pada tahun ini buat pertama kalinya bendera Malaysia dikibarkan di antara lima negara lain yang memenangi anugerah ini. Kejayaan ini adalahdari sepasukan 20 belia dan beliawanis daripada Gerakan Belia 4B Cawangan Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan program Keusahawanan Belia mereka.
Satu majlis penyampaian anugerah ini telah dilangsungkan pada 14 Ogos 1991 di Kampung Seronok, Bayan Lepas. Dalam Majlis ini, Dr. Devendra Agochiya selaku pengarah Program Belia Komanwel Pusat Asia dari India telah dijemput untuk menyampaikan anugerah tersebut kepada Dr. Syed Amran Haji Syed Ahmad iaitu Pengerusi Gerakan Belia 4B Cawangan Kampung Seronok serta sijil dan cenderamata kepada ahli-ahlinya.
Menurut Tuan Haji Adenan Haji Abdul Wahab, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, "Program Keusahawanan Belia" yang memenangi projek adalah terdiri daripada projek-projek ternakan air tawar, perusahan kebun, restoran, percetakan, bengkel motor dan kereta, kedai jahitan, gerai-gerai dan Kompleks Kebudayaan Pelancongan. Gerakan Belia 4B Kampung Seronok juga adalah pemenang Anugerak Kurnia Belia Jaya peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 1987, 1988, 1989 dan peringkat Kebangsaan pada tahun 1989.
ii. Untuk mengiktiraf kejayaan golongan belia yang dalam satu pasukan kecil (kebiasaannya di antara 16 - 20 orang) supaya ianya menjadi daya dorongan kepada belia lain untuk bekerja dalam satu pasukan.
iii. Untuk menjalin kerjasama dan pertukaran idea serta pengalaman di antara belia Komanwel.