MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

ANUGERAH BELIA KEBANGSAAN (KATEGORI PERSATUAN)

Anugerah ini yang pada mulanya dikenali Anugerah Kurnia Belia Jaya dan sekarang dikenali sebagai Anugerah Belia Kebangsaan ( kategori persatuan ) telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1973 sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada sumbangan yang telah diberikan oleh sebuah Persatuan Belia kepada persatuan, masyarakat dan negara. Anugerah ini diberikan tiap-tiap tahun kepada persatuan belia yang terbaik yang dipilih dari persatuan-persatuan belia yang bertanding dari seluruh negara. Penilaian dibuat berdasarkan kepada pentadbiran persatuan, perkhidmatan masyarakat, projek ekonomi dan pencapaian keseluruhannya.

Persatuan yang menang menerima :
1. Sebuah Piala
2. Satu Sijil
3. Wang Tunai RM20,000.00

Loading

TOP