MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA
INSTITUSI KESULTANAN MELAYU
Kedatangan Islam ke Melaka dan lain-lain wilayah di Nusantara telah mengubah sistem politik dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Sistem Raja dalam agama Hindu-Buddha telah berubah kepada sistem dan konsep raja menurut Islam. Raja pada Zaman Kesultanan Melaka digelar Sultan iaitu ketua negara yang menjalankan undang-undang, pentadbiran, menegakkan keadilan dan membela rakyat. Sultan juga menjadi ketua agama dan istiadat Melayu.
PARAMESWARA / ISKANDAR SYAH
Seorang putera Raja dari Palembang, Sumatera dari waris keturunan Empayar Srivijaya
Berundur ke Temasik selepas sengketa perebutan kuasa dengan pihak Majapahit
Terpaksa keluar dari Temasik selepas membunuh Temagi, wakil Siam di pulau itu
Parameswara berundur ke Muar dan kemudiannya mengasaskan Melaka
Telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414
Menukar nama kepada Megat Iskandar Syah
Berkahwin dengan Puteri Pasai
Menjadikan Melaka bandar pelabuhan menarik pedagang dari Arab, Parsi, India dan China selain dari Nusantara
SULTAN MUHAMMAD SYAH /SERI MAHARAJA
Juga dikenali dengan nama Raja Kecil Besar
Baginda telah diajar mengucap dua kalimah syahadah dan baginda dikhatankan dalam mimpinya
Seorang yang alim serta amat patuh kepada ajaran Islam
Mempunyai dua anak iaitu Raja Kasim dan Raja Ibrahim
SRI PARAMESWARA DEWA SYAH
Putera kepada Sultan Muhammad Syah hasil perkahwinannya dengan Puteri Raja Rokan
Nama sebenarnya ialah Raja Ibrahim adinda kepada Raja Kasim
Memerintah dalam tempoh yang singkat (selama 1 tahun 5 bulan)
Dilantik sebagai Sultan dalam usia yang muda
Baginda dibunuh oleh Raja Rokan dalam peristiwa perebutan takhta dengan Raja Kasim
SULTAN MUZAFFAR SYAH
Putera kepada Sultan Muhammad Syah
Nama sebenarnya ialah Raja Kassim
Sultan yang berjiwa rakyat
Baginda berjaya meluaskan jajahan pentadbiran Melaka meliputi Sungai Ujung, Jugra, Kelang, Jeram, Muar, Batu Pahat, Singapura dan Pahang di Semenanjung Tanah Melayu
Baginda juga berjaya menawan Inderagiri, Kampar dan Jambi di bahagian timur Sumatera
Melaka telah berkembang sebagai pusat perkembangan agama Islam
Baginda amat menggalakkan mubaligh-mubaligh dari Melaka berhijrah ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan agama Islam
Memulakan penggubalan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Memerintah Melaka selama 10 tahun
SULTAN MANSUR SYAH / RAJA ABDULLAH
Nama sebenarnya, Raja Abdullah
Putera tunggal Sultan Muzaffar Syah
Menaiki takhta pada usia 27 tahun dan memerintah Melaka selama 21 tahun
Empayar Melaka dan penyebaran Islam diperhebat ke Johor, Pahang, Terengganu, Sungai Ujung, Selangor, Perak serta di kepulauan Riau-Lingga, Jambi, Kampar, Siak, rokan, Inderagiri dan Aru
di Sumatera
Sultan yang mengambil berat dalam soal keagamaan
SULTAN ALA’UDDIN RIAYAT SYAH / RAJA HUSIN
Baginda adalah putera kepada Sultan Mansur Syah
Mengambil alih takhta dalam usia yang muda belia
Seorang Raja yang gagah perkasa dan bijaksana
Baginda seorang yang amat tegas
dan berani
Meningkatkan perlaksanaan hukuman dan undang-undang Islam
Melaka telah menjadi aman dan makmur dengan undang-undang
SULTAN MAHMUD SYAH
Sultan memerintah Melaka sebelum jatuh ke tangan Portugis pada 1511
Melaka berada di dalam keadaan yang tidak stabil di bawah pemerintahan baginda
Pembesar-pembesar
negeri bertelagah
Kegiatan rasuah dan penyelewengan berleluasa
Baginda turut berjaya meluaskan kekuasaan ke Kedah, Kelantan dan Pattani dan mempertahankan Pahang daripada serangan Raja Legor
Baginda juga menobatkan raja negeri asing seperti Raja Abdul Jamil dari Pahang, Raja Abdullah dari Kampar dan seorang raja dari Kedah
Baginda tetap mengambil berat tentang hal ehwal agama
BENDAHARA of MELAKA
Bendahara adalah jawatan kedua tertinggi selepas Sultan dan menduduki tempat kedua semasa sesi adat istiadat diraja. Semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka terdapat lapan tokoh yang menjawat jawatan Bendahara:
1. Tun Perpatih Permuka Berjajar (Bendahara Seri Wak Raja 1)
- Berkhidmat kepada Parameswara
2. Radin Anum (Bendahara Seri Amar Diraja)
- Berkhidmat untuk Sultan Muhammad Syah.
3. Tun Perpatih Sedang (Bendahara Seri Wak Raja 2)
- Berkhidmat untuk Raja Ibrahim dan Sultan Muzaffar Syah
4. Tun Ali Nara Diraja (Bendahara Seri Nara Diraja)
- Berkhidmat untuk Sultan Muzaffar Syah
5. Tun Perak (Bendahara Seri Paduka Raja)
- Berkhidmat dengan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin dan Sultan Mahmud Syah (hanya di awal pemerintahan).
- Anak kedua Tun Perpatih Sedang dan bersaudara dengan Tun Kudu dan Tun Perpatih Putih.
- Pakar dalam merangka strategi peperangan. Dapat menawan Kampar, Rokan, Bengkalis, Siak dan
- Inderagiri di Sumatera, Patani di Siam, Pahang, Terengganu dan Johor.
- Meninggal dunia pada tahun 1498, semasa awal pemerintahan Sultan Mahmud Shah
6. Tun Perpatih Putih (Bendahara Putih)
- Adinda kepada Tun Perak
- Dilantik sebagai Bendahara selepas kematian kekandanya oleh Sultan Mahmud Syah (1498)
7. Tun Mutahir (Bendahara Seri Maharaja)
- Merupakan Bendahara Melaka ketujuh
- Anak kepada Tun Ali dan ibunya Tun Kudu
- Dilantik selepas kematian bapa saudaranya Tun Perpatih Putih oleh Sultan Mahmud Syah
- Beliau seorang yang berpegang teguh pada agama.
- Beliau bertanggungjawab menyelamatkan Melaka daripada tipu-helah Lopez de Sequiera dengan menyerang dan mengusir angkatan Portugis pada tahun 1509
- Tun Mutahir telah dihukum bunuh oleh Sultan akibat fitnah oleh Raja Mendeliar yang mengatakan Tun Mutahir cuba mengatasi kehebatan Sultan
- Rakyat Melaka menjadi berpecah-belah selepas kematian Tun Mutahir
8. Bendahara Tepok (Bendahara Lubok Batu)
- Berkhidmat dengan Sultan Mahmud Syah pada usia yang sangat tua dan kurang upaya.
- Anak kepada Bendahara Paduka Raja iaitu Tun Perak.
- Mengikuti sultan berundur ke Muar selepas penaklukan Portugis.
- Meninggal dunia di Lubok Batu,Johor.
LAKSAMANA MELAKA
Laksamana bertindak sebagai ketua pengawal keselamatan, protokol dan wakil kedutaan Kesultanan Melayu Melaka dan yang paling penting menjaga kedaulatan Melaka daripada segi ketenteraan. Tokoh pertama bergelar Laksamana Melaka adalah Laksamana Hang Tuah. Jawatan Laksamana ini menjadi satu bentuk jawatan warisan apabila menantu-menantu Hang Tuah iaitu Khoja Hassan dan Hang Nadim juga menerima gelaran Laksamana.