MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA / MELAKA SULTANATE PALACE MUSEUM
BILIK BERADU SULTAN/ DIRAJA
Bilik beradu Sultan merupakan tempat beristirehat baginda. Suasana dalam bilik beradu ini mengandungi segala peralatan yang bermutu tinggi seperti pakaian diraja, alat perhiasan dan cenderamata daripada para saudagar dan pembesar yang datang menghadap.
Bilik ini merupakan hak mutlak Sultan yang tidak boleh dimasuki sesuka hati. Jesteru itu, tidak seorang pun yang dibenarkan untuk mendekatinya kecuali dengan keizinan baginda. Permaisuri juga tidak terlepas daripada larangan memasuki bilik ini dengan sewenangnya. Penguatkuasaan undang-undang ini adalah bertujuan untuk mendaulatkan serta mengasingkan Sultan dengan orang kebanyakkan di samping memastikan keselamatan baginda sentiasa terpelihara.