MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA / MELAKA SULTANATE PALACE MUSEUM

BALAIRONG SERI

Diorama ini menunjukkan sistem peraturan di Balairong Seri. Baginda Sultan bersemayam di singgahsana. Pembesar empat lipatan ditempatkan berhampiran dengan raja. Bendahara dan Raja Muda di sebelah kiri raja. Para pembesar lain ditempatkan di sisi Bendahara. Pembesar-pembesar yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara duduk disebelah kanan raja. Bentara Kanan dan Kiri yang berdiri diatas ketetapan memegang alat-alat kebesaran diraja mempunyai kuasa untuk membunuh sesiapa sahaja yang menghampiri baginda tanpa keizinannya. Para hadirin tidak dibenarkan membawa senjata melainkan dianugerah oleh Sultan.

Utusan daripada luar negara akan disambut dengan adat istiadat khas bergantung kepada taraf Raja atau Negeri yang diwakilinya. Mereka dibawa ke Balairong Seri menyembah raja secara berasingan. Gelaran penghormatan bergantung kepada taraf rajanya. Seseorang yang didapati bersalah menurut Hukum Kanun dan akan dijatuhi hukaman gantung wajib dipersembahkan dahulu kepada raja. Baginda akan memutuskan samada hukumannya akan diteruskan ataupun dibuang negeri seumur hidup.

Balairong Seri juga adalah dewan penganugerahan darjah kebesaran kepada sesiapa yang berjasa, seta ataupun melakukan keperwiraan terhadap negeri. Santapan diraja turut diadakan di sini. Berdasarkan kepada hakikat ini Balairong Seri di Zaman Kesultanan Melaka merupakan dewan serbaguna bagi kegiatan kerajaan yang melambangkan kegemilangan sistem pentadbiran yang kemudiannya diperaktikkan oleh beberapa negeri di Malaysia kini.

BALAIRUNG SERI

  1. Sultan
  2. Bentara Kanan
  3. Bentara Kiri
  4. Laksamana
  5. Bendahara
  6. Raja Muda
  7. Hulubalang
  8. Penghulu Bendahari
  9. Temenggung
  10. Menteri-menteri (8 orang)
  11. Shahbandar
  12. Nakhoda
  13. Sida-Sida
  14. Kadi
  15. Fakih
  16. Penghulu Balai
  17. Pesalah Menanti Hukuman
  18. Utusan Raja Dinasti Ming
  19. Utusan Bentara Majapahit
  20. Pedagang India
  21. Pembesar Pahang

Loading

TOP