Galeri Portugis
PAKAIAN PERKAHWINAN
Bagi upacara perkahwinan, pakaian wanita ialah baju kebaya labuh dan kain sutera berwarna putih serta mengenakan kasut manik. Manakala pengantin lelaki pula akan mengenakan suit hitam, kemeja putih, bow di leher dan juga topi bulat yang diikat dengan reben berwarna hitam.
Bagi tarian kebudayaan, baju penari wanita masyarakat Portugis ialah memakai gaun berwarna merah dengan di bahagian dalam turut dipakai kemeja berwarna putih. Penari lelaki pula berpakaian seperti baju perkahwinan lelaki.