GALERI MELAKA / MELAKA GALLERY
PEMBUKAAN MELAKA
THE ESTABLISHMENT OF MELAKA
Pembukaan Melaka diasaskan oleh Parameswara iaitu putera raja dari Palembang pada sekitar tahun 1400 (terdapat sarjana menyatakan tahun 1262). Nama Melaka adalah berasal nama sebatang pokok iaitu pokok Melaka (Phyllanthus emblica). Kisah nama Melaka adalah berkait dengan kisah anjing-anjing perburuan Parameswara telah ditendang oleh seekor pelanduk putih lalu anjing-anjing tersebut telah terjatuh ke dalam sungai. Ketakjuban peristiwa ini menyebabkan Parameswara merasakan kawasan tersebut sesuai dibuat negeri. Nama Melaka dipilih bersempena nama sebatang pokok tempat baginda bersandar semasa menyaksikan peristiwa tersebut.
Melaka was founded around the year 1400 by Parameswara, a prince from Palembang (other experts suggest the year is 1262). Melaka derives its name from the Melaka tree (Phyllanthus emblica). The origin of the name Melaka is linked to the legend of Parameswara's hunting dogs being booted by a white mouse-deer and falling into the river. This event led Parameswara to believe that the area should be declared a state. Melaka was chosen in connection with the name of a tree that Parameswara leaned against while witnessing the event.