GALERI MELAKA / MELAKA GALLERY

MELAKA KINI

MELAKA TODAY

Negeri Melaka merupakan negeri kedua terkecil di Malaysia dengan keluasan 1,664 kilometer persegi. Negeri Melaka terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini mempunyai tiga buah daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Walaupun negeri ini kecil, namun Melaka merupakan negeri yang mempunyai sejarah yang unik sehingga dikenali sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah. Melaka turut diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008.

Pemerintah tertinggi negeri Melaka adalah Yang di-Pertua Negeri Melaka manakala dari aspek pentadbiran kerajaan dipimpin oleh Ketua Menteri yang dibantu oleh barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka. Penduduk Melaka pada tahun 2022 adalah sekitar 850,000 orang.

Melaka merupakan negeri unik yang mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Manakala terdapat juga kaum-kaum minoriti seperti Orang Asli, Baba Nyonya, Chetti, Portugis dan Benggali.

Melaka is Malaysia's second smallest state, covering an area of 1,664 square kilometres. Malacca is in Peninsular Malaysia's southernmost region. Melaka Tengah, Alor Gajah, and Jasin are the three districts of the state. Melaka, despite its tiny size, is recognised as Melaka the Historic City because of its unique heritage. Melaka was also designated as a UNESCO World Heritage Site on July 7, 2008.

The Yang di-Pertua Negeri Melaka is the state's supreme monarch, while the administrative element of the government is led by the Chief Minister, who is assisted by the Melaka State Government's EXCO line. Malacca's population is expected to be around 850,000 people in 2022.

Melaka is a unique state with a diverse population of Malays, Chinese, and Indians. Minorities include Orang Asli, Baba Nyonya, Chetti, Portuguese and Bengali.

TOP