GALERI MELAKA / MELAKA GALLERY
BANGUNAN STADTHUYS
THE STADTHUYS
Bangunan Stadthuys yang bermaksud Dewan Bandaran dibina oleh pemerintah Belanda pada tahun 1650-an setelah mengambil alih Melaka daripada Portugis pada tahun 1641. Bangunan ini didirikan setinggi empat tingkat mengikut teres Bukit Melaka (Bukit St. Paul) seluas 49,200 kaki persegi. Stadthuys menjadi pusat pentadbiran dan kediaman Gabenor Belanda di Melaka dari sekitar kurun ke 17 sehingga tahun 1824. Semasa zaman pemerintah Inggeris, bangunan ini terus berfungsi sebagai pusat pentadbiran Inggeris. Bangunan Stadthuys masih dijadikan sebagai pusat pentadbiran negeri Melaka moden hingga akhir tahun 1979.
Warna asal bangunan ini adalah putih. Ia ditukar kepada warna merah sekitar tahun 1910-an dan kekal dikenali sebagai Bangunan Merah. Kini, bangunan Stadthuys menempatkan Muzium Sejarah Melaka dan Muzium Etnografi di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
The Dutch administration built the Stadthuys structure, which means Town Hall, in the 1650s after taking over Melaka from the Portuguese in 1641. This four-story, 49,200-square-foot structure was built along the terrace of Bukit Melaka (Bukit St. Paul). From the late 17th century until 1824, Stadthuys served as the administrative centre and house of the Dutch Governor in Malacca. During British administration, this structure served as the British administrative centre. Until the end of 1979, the Stadthuys building served as the administrative centre of the current Melaka state.
This structure's original colour is white. It was painted red in the 1910s and is still known as the Red Building. The Melaka Museum Corporation (PERZIM) now manages the Stadthuys building, which now contains the Melaka History Museum and the Ethnography Museum.