GALERI KETUA MENTERI MELAKA
PERANAN KETUA MENTERI
Jawatan Ketua Menteri telah wujud di Tanah Melayu sejak Perjanjian Persekutuan pada 1 Februari 1948 di mana di dalam salah satu ciri Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ialah:-
“Negeri diketuai oleh Sultan negeri masing-masing.Pentadbiran Negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar, manakala Pulau Pinang dan Melaka diketuai oleh Ketua Menteri.”
Malah di dalam ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Malayu 1957 menyatakan bahawa di peringkat negeri, Ketua Perlembagaan terletak kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri. Tiap-tiap negeri mempuanyai Majlis Mesyuarat Undangan Negeri yang mempunyai ahli-ahli yang dipilih melalui pilihanraya untuk tempoh 5 tahun yang diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri terletak pada Yang di-Pertua Negeri mengikut perlembagaan masing-masing.Seorang Ketua Menteri adalah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri. Di Semenanjung Malaysia, Kuasa Eksekutif ini dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri manakala di Sarawak pula badan tersebut dipanggil Majlis Tertinggi, sementara Sabah pula dikenali sebagai Kabinet, juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri.
Perlembagaan Malaysia 1963 telah mengadakan satu persetujuan terhadap pembahagian kuasa pemerintahan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Bidang-bidang kuasa kerajaan Pusat adalah seperti berikut:
- Kesihatan
- Kewangan
- Hal Ehwal Luar Negara
- Pendidikan
- Pertahanan
- Kabajikan Am
- Kabajikan Am
- Keadilan
Manakala di peringkat negeri pula kuasa-kuasa yang termaktub adalah seperti berikut:-
- Hak milik Tanah
- Hasil Galian
- Adat dan Agama
- Pertanian dan Perhutanan
- Kerajaan Tempatan
- Kerajaan Tempatan
Pembahagian kuasa ini bermatlamat untuk memperjelaskan kuasa-kuasa yang ada pada Kerajaan Pusat dan pada Kerajaan Negeri.Ternyata bahawa segala hal yang berkaitan dengan soal pembinaan sebuah negara diletakkan kepada Kerajaan Pusat manakala pihak Kerajaan Negeri pula memegang soal-soal yang berkaitan dengan tempatan.Oleh yang demikian, segala gerak kerja adalah berpandukan kuasa-kuasa telah termaktub ini.