GALERI KETUA MENTERI MELAKA

GALERI KETUA MENTERI MELAKA

Galeri ini terletak di Bangunan Seri Bendahara yang pernah menempatkan kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka semenjak tahun 1972. Bangunan ini telah dijadikan sebagai kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka sejak pentadbiran YAB Datuk Setia Haji Abdul Ghani bin Ali (1 Ogos 1972 – 10 Julai 1978) sehingga tahun 2005. Selepas pembinaan kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka yang baru di Seri Bendahara, Ayer Keroh, pada tahun 2005, bangunan di Bukit Peringgit ini telah diubahsuai menjadi galeri yang memaparkan pelbagai matlumat mengenai latar belakang, jasa dan sumbangan Ketua Menteri Melaka yang pertama sehingga yang terkini. Galeri ini juga menjadi pusat rujukan utama institusi Ketua Menteri yang berperanan penting dalam konteks memajukan negeri Melaka.

Loading

TOP