GALERI KETUA MENTERI MELAKA

DATUK HAJI TALIB BIN KARIM

(6 OKTOBER 1967 – 31 JULAI 1972)

Datuk Haji Talib merupakan Ketua Menteri Melaka yang ketiga. Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka pada 6 Oktober 1967 dan berkhidmat sehingga 31 Julai 1972. Antara rancangan besarnya ialah membina empangan air di Machap Umbu yang diusahakan melalui pinjaman wang dari Bank Asia bagi memastikan bekalan air bersih untuk rakyat Melaka. Projek menternak lembu secara besar-besaran di Pulau Besar, Melaka juga dilaksanakan bagi menggerakkan ekonomi rakyat. Beliau juga membuka pelabuhan bebas di Banda Hilir serta mewujudkan perkampungan Melayu di Kuala Sungai Baru. Datuk Haji Talib kemudiannya merancang bagi melaksanakan beberapa projek bagi merancakkan ekonomi rakyat, malangnya beliau terpaksa berdepan halangan sukar ketika pentadbirannya. Dalam keadaan begitu akhirnya pada 31 Julai 1972, Datuk Haji Talib meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Loading

TOP