GALERI DEMANG ABDUL GHANI
BINAAN DAPUR
Binaan dapur ini merupakan sebuah bangunan tambahan yang dibina Demang Abdul Ghani bagi menampung keperluan keluarga yang semakin bertambah. Beliau juga sering menerima tetamu dan mengadakan keraian di sini, maka adalah amat perlu untuk mempunyai sebuah ruang untuk memasak serta menjamu tetamu. Sifat beliau yang mesra dan mementingkan masyarakat kampung juga menjadikan rumah beliau sebagai satu tempat keraian kepada orang ramai.
Halaman yang agak luas dan tersusun menjadikan ianya amat sesuai untuk sebarang upacara dan keramaian. Terdapat juga sebuah perigi yang digunakan untuk keperluan memasak serta membasuh di bahagian belakang namun ianya tidak lagi berfungsi kini.