GALERI DEMANG ABDUL GHANI

GALERI DEMANG ABDUL GHANI, MERLIMAU, MELAKA

Rumah tradisional ini dipercayai didirikan oleh Penghulu Abdul Majid, seorang hartawan yang berasal dari Palembang pada tahun 1831. Penghulu atau demang merupakan ‘raja kecil’ dan amat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu.

Ianya didirikan tanpa menggunakan paku. Mempunyai enam ruang utama iaitu anjung, serambi, rumah ibu, bilik tidur, rumah tengah dan dapur serta sebuah loteng yang dikhaskan untuk kegunaan kaum wanita.

Pentadbiran kampung berpusat di sini dan sering digunakan sebagai tempat perjumpaan bagi membincangkan hal ehwal masyarakat. Tiga generasi penghulu pernah mendiami rumah ini iaitu Penghulu Abdul Majid (1831 – 1834), Demang Abdul Ghani bin Abdul Majid (1834 – 1934) dan Penghulu Mat Natar bin Abdul Ghani (1934 – 1978).

Bagi memelihara warisan khazanah negara, Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengambil alih rumah ini dan dijadikan galeri Demang Abdul Ghani pada tahun 2011.

Loading

TOP