GALERI DEMANG ABDUL GHANI
RUMAH IBU
‘Rumah Ibu’ merupakan ruang paling penting dalam senibina rumah tradisional. Di sinilah ‘tiang seri ‘ ditempatkan. Ruang ini merupakan ruang utama namun hanya dikhaskan untuk kegunaan keluarga dan tetamu penting sahaja.
Ditempatkan sebuah pelamin yang menyerupai singgahsana sesuai dengan peranan penghulu sebagai ‘Raja Kecil’. Perbincangan bersama ketua-ketua masyarakat diadakan di sini sebelum semua keputusan diputuskan oleh Penghulu.