GALERI CHENG HO

LAKSAMANA CHENG HO (ZHENG HE)

Cheng Ho (juga dikenali sebagai Cheng Ho) dilahirkan di Kunyang, Yunnan sekitar 1371M, semasa zaman pemerintahan Hong Wu (1371M) Dinasti Ming. Cheng ho telah ditangkap oleh tentera Dinasti Ming semasa kekalahan mereka terhadap sisa-sisa Dinasti Yuan di Yunnan sekitar 1381AD. Beliau telah dibawa ke wilayah Nanjing dan dijadikan sebagai sida-sida. Kemudiannya dihantar ke Beijing untuk berkhidmat kepada Putera Yan, anak keempat Maharaja Ming di istana Zhu Di.

Cheng Ho adalah tokoh pelayaran paling terkenal di China. Keupayaan dan kebolehannya yang luar biasa telah membuahkan kejayaan besar dalam usahanya menguasai lautan, hubungan diplomatik dan ketenteraan. Pelayaran Zheng He setanding dengan tokoh-tokoh pelayaran agung terkenal yang lain. Cheng Ho telah menjayakan 7 pelayaran dari China dan melawat beberapa negara di Asia Timur, Asia Tenggara, Sri Lanka, India Selatan, Arab dan Afrika Timur.

Beliau akan singgah berlabuh di Melaka dalam setiap pelayarannya tidak kira untuk jangka masa yang singkat atau untuk menanti perubahan angin. Laksamana Cheng Ho memainkan peranan penting dalam hubungan antara Maharaja China, Yong Le, dan Raja Melaka, Parameswara. Beliau telah mengatur perjalanan Parameswara ke Darbar untuk melawat Maharaja Yong Le pada tahun 1411.

Cheng Ho adalah pengembara yang sangat berani dan bercita-cita tinggi. Pelayaran terakhirnya adalah antara 1432-1433. Walaupun pelayaran-pelayaran beliau tidak ditonjolkan, kaum China masih menyanjung Cheng Ho sebagai Dewa San Poh Kong.

RIWAYAT HIDUP CHENG HO

Sebagai seorang sida-sida, Cheng Ho dikatakan tidak mempunyai zuriat. Cheng Ho telah menerima tawaran abangnya (Ma Wenming) dalam mengambil anak angkatnya bernama Ma Enlai sebagai kepunyaannya. Justeru itu “keturunannya” menggunakan gelaran “Zheng” sebagai naama keluarga mereka. 500 tahun kemudian zuriat dari keturunan zuriat-zuriatnya telah tersebar di merata tempt seperti Yixi (Yunnan), Nanjing, Beijing, Lanchou, Thailand an lain-lain tempat.

SIRI LAWATAN LAKSAMANA ZHENG HE (CHENG HO) KE ASIA DAN AFRIKA

Laksamana Cheng Ho merupakan utusan Maraharaja Ming (1368 – 1643M) yang beragama Islam. Beliau seorang ahli pelayaran hebat dan diplomat keamanan China yang ulung dalam abad ke 15 dan telah singgah ke Melaka dalam siri 7 pelayarannya ke Afrika / Asia seperti berikut:

Loading

TOP