GALERI CHENG HO
KEDATANGAN LAKSAMANA YIN CHING
Sejak dari Dinasti Tang (618-907M), Dinasti Song (960-1279M), Dinasti Yuan (1279-1368M) dan Dinasti Ming (1368-1643M) hubungan diplomatik dan perdagangan di antara Negara China dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu telah berkembang melaui kunjungan timbal balik daripada utusan kedua-dua belah pihak.
Pada tahun 1403, Maharaja China telah menghantar utusannya ke negeri-negeri yang mempunyai hubungan dengan China untuk memberitahu tentang pertabalannya. Yin Ching dipilih untuk mengetuai perutusan tersebut. Ketika itu, persekitaran Melaka hanya dikenali dengan nama ‘Wu Shu’ (lima pulau). Semasa Yin Ching belayar ke Nusantara, beliau telah mendengar tentang satu kerajaan baru di rantau selat ini. Dia mengambil kesempatan ini untuk melawat Melaka dan mewujudkan perhubungan di antara China dan Melaka. Ketibaan Yin Ching di Melaka pada tahun 1403 membawa satu perkembangan baru yang membolehkan Melaka merancang strategi-strategi yang sesuai bagi memperkukuhkan kedudukannya.
Selaku utusan Maharaja China, Yin Ching menyampaikan hadiah-hadiah Raja China kepada Parameswara dan menghormatinya sebagai Ketua Kerajaan Melaka. Lawatan Yin Ching memulakan satu perhubungan politik yang positif bagi Melaka dan kemajuan perdagangan di antara China dan Melaka.
RINGKASAN AHLI-AHLI PELAYARAN DUNIA (1400-1600)
Nama | Bangsa | Ringkasan Pelayaran |
---|---|---|
Zheng He @ Cheng Ho | Cina Muslim | Bilangan : 7 Tempoh : 1405 – 1433 Bilangan kapal : 41 – 317 Bilangan anak kapal : 27,550 – 30,000 Kejayaan : Pelayaran besar terawal meliputi 37 negara di Asia, Afrika dan Timur Tengah |