MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA / MELAKA SULTANATE PALACE MUSEUM
GAMBARAN KOTA MELAKA ZAMAN KESULTANAN MELAKA
Demi menjamin kestabilan politik dan keselamatan kerajaan, corak perbandaran dan petempatan kota Melaka memainkan peranan yang sangat penting. Semasa zaman Kesultanan Melaka, Bukit Melaka menjadi kawasan yang paling elit. Menurut laporan Portugis dan China, Di bahagian puncaknya dibina institusi penting bagi sesebuah kerajaan kesultanan iaitu istana dengan pelbagai jenis balai seperti balairong seri, balai pendapa, dan balai nobat. Persekitaran lereng bukit mengelilingi kompleks ini dibina rumah para pembesar dan pegawai negeri. Di sekeliling kaki bukit terutama yang menghadap pantai dan laut terdapat kediaman para hulubalang, perajurit dan Orang Laut. Selain itu institusi fizikal yang lain seperti masjid dan pasar sangat memainkan peranan penting dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
ISTANA RAJA-RAJA MELAYU
Peranan istana semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka:
- sebagai tempat rasmi persemayaman Sultan
- pusat pentadbiran negeri
- pusat tumpuan acara adat istiadat kebesaran negeri
- pusat perkembangan ilmu pengetahuan
- kawasan tumpuan utama kegiatan para karyawan
PERATURAN DI ISTANA
- Istana adalah tempat larangan bagi sekalian rakyat jelata.
- Hanya kerabat diraja dan pembesar-pembesar utama sahaja dibenarkan bebas keluar masuk dan terhad kepada ruangan tertentu sahaja.
- Rakyat hanya diizinkan datang ketika upacara keramaian khas seperti perkahwinan diraja, menyambut kelahiran seseorang puteri atau putera raja.
- etika diadakan keramaian, rakyat bergotong royong, memasak makanan, menyiapkan berbagai persediaan di samping berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan dan permainan rakyat.
BALAIRUNG SERI
Diorama ini menggambarkan situasi atau peraturan di dalam Balairung Seri. Baginda Sultan bersemayam di singgahsana. Pembesar empat lipatan ditempatkan berhampiran dengan raja. Bendahara dan Raja Muda di sebelah kiri raja. Para pembesar lain ditempatkan di sisi Bendahara. Pembesar-pembesar yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara duduk di sebelah kanan raja. Bentara Kanan dan Kiri yang berdiri diatas ketetapan memegang alat-alat kebesaran diraja mempunyai kuasa untuk membunuh sesiapa sahaja yang menghampiri baginda tanpa keizinannya. Para hadirin tidak dibenarkan membawa senjata melainkan dianugerah oleh Sultan.
Utusan daripada luar negara akan disambut dengan adat istiadat khas bergantung kepada taraf Raja atau Negeri yang diwakilinya. Mereka dibawa ke Balairung Seri menyembah raja secara berasingan. Gelaran penghormatan bergantung kepada taraf rajanya. Seseorang yang didapati bersalah menurut Hukum Kanun dan akan dijatuhi hukuman gantung wajib dipersembahkan dahulu kepada raja. Baginda akan memutuskan samada hukumannya akan diteruskan ataupun dibuang negeri seumur hidup.
Balairung Seri juga adalah dewan penganugerahan darjah kebesaran kepada sesiapa yang berjasa, setia ataupun melakukan keperwiraan terhadap negeri. Santapan diraja turut diadakan di sini. Berdasarkan kepada hakikat ini Balairung Seri di Zaman Kesultanan Melaka merupakan dewan serbaguna bagi kegiatan kerajaan yang melambangkan kegemilangan sistem pentadbiran yang kemudiannya digunapakai oleh beberapa negeri di Malaysia kini.
- Sultan / Sultan (King)
- Bentara Kanan / Right-Sided Court Herald
- Bentara Kiri / Left-Sided Court Herald
- Laksamana / Admiral
- Bendahara / Prime Minister
- Raja Muda / prince
- Hulubalang / Chief Warrior
- Penghulu Bendahari / State Treasurer
- Temenggung / Chief Police Officer
- Menteri-menteri (8 orang) / Ministers
- Shahbandar / Harbor Master
- Nakhoda / Captain of a Ship
- Sida-Sida / Courtiers
- Kadi / Religious Judge
- Fakih / Islamic Theologian
- Penghulu Balai / Palace Protocol Chief
- Pesalah Menanti Hukuman / Convict
- Utusan Raja Dinasti Ming / Envoy From Ming Court
- Utusan Bentara Majapahit / Envoy From Majapahit
- Pedagang India / Indian Traders
- Pembesar Pahang / Pahang Dignitary