MUZIUM SEJARAH / HISTORY MUSEUM
GALERI LAKSAMANA CHENG HO
ADMIRAL CHENG HO GALLERY
Jubah Jeneral Jenis Kain Broked Bercorak Tenunan Harimau Di Zaman Dinasti Ming.
Brocade in the pattern of tiger woven in the General’s robe in the Ming Dynasty.
Pembakar Kemenyan Dari Tembaga
Brass incense burner
Teko Porselin
Porcelain tea pot
Bekas Porselin Dengan Kaligrafi Islam
Porcelain container with Islamic calligraphy
Beg Duit Sulaman Jenis Kain Broked Putih dan Kuning
Embroidered white and yellow brocade purse
Tali Leher Sulaman Sutera Lambang Naga
Silk necktie with embroidered dragon symbol
Koleksi Setem Kenangan Pelayaran Ke-600 Cheng Ho
Stamp collection in honour of the 600th anniversary of the voyage of Zheng He
Jubah Jeneral Jenis Kain Broked Bercorak Tenunan Harimau Di Zaman Dinasti Ming.
Stamp collection in honour of the 600th anniversary of the voyage of Zheng He
Brosur/Risalah Berkaitan Cheng Ho Dan Pelayarannya
Brochure of Zheng He and his voyage
Buku-buku Terbitan Institut Penyelidikan Cheng Ho
Books issued by Zheng He Research Institute
Buku Penyelidikan Yang Diterbitkan Berkaitan Cheng Ho
A research book of Zheng He
Brosur Pelayaran Cheng Ho Ke Serata Dunia
Brochure include the map of Zheng He voyage to throughout the world
Serpihan Jubin Yang Ditinggalkan Cheng Ho Semasa Beliau Menjalankan Kerja-Kerja Membaikpulih Mahligai Ratu Kayangan.
The tile fragments as historical remains – a proof of Zheng He’s renovation of the Palace of the Heavenly Empress
Batu Peringatan Dana Yang Ditulis Dalam Tiga Bahasa
The Plaque of generosity written in the script of three Languages
Pagoda Cen Guo Dalam Biara Kai Yuen Di Chuan Chao – Salah Satu Pusat Perhubungan Laut Yang Penting Di Zaman Dinasti Ming
The Cen Guo Pagoda in the interior of Kai Yuen Monastery of Chuan Chao – An important central diplomatic seaport in the Ming Dinasty
Tempat Tinggal Cheng Ho Yang Berdekatan Dengan Pintu Gerbang Barat Kunyang Di Yunnan
Zheng He former residence near the Western Gate of Kunyang in Yunnan
Dewan Besar Biara Chinghai (Lautan Tenang) Di Nanjing. Ia Didirikan Oleh Xu Chukang Pada Zaman Pemerintahan Yungle Pada Zaman Dinasti Ming Sebagai Tanda Penghargaan Ke Atas Jasa-jasa Pelayaran Cheng Ho. Dikatakan Bahawa Cheng Ho Telah Menghabiskan Sisa-Sisa Hidupnya Dalam Biara Ini
The Main Hall of Chinghai (Still Ocean) Monastery at Nanjing. It was built by Xu Chukang during the reign of Yungle in the Ming Dynasty in appreciation of Zheng He’s bavigational contributions. It was said that Zheg He had spent his last years in this monastery
Biara Yun Meng di Kepulauan Fujian yang telah dibina semula oleh Cheng Ho semasa lawatan keempatnya ke lautan Barat
Yun Meng Monastery in Fujian Isle, which was rebuilt by Zheng He during his forth visit to the West
Makam Mahaji (Ayahanda Cheng Ho)
The tomb of Mahaji (the father of Zheng He’s)
Bangunan Asal mahligai Ratu Kayangan Yang Telah Dijadikan Sebagai Muzium Sejarah Cheng Ho. Pagoda Biara Nashan Yang Terletak Disebelahnya Telah Dibaikpulih Oleh Cheng Ho Pada 1412
The original Palca Of Heavenly Empress which is now the Historical Museum of Zheng He. The Pagoda Nashan Monastery can be clearly seen beside it, which was renovated by Zheng He in 1412
Mahligai Thian Fei (Mahligai Ratu Kayangan) Di Pelabuhan Keluarga Liu di Fujian. Ia Dibina Pada Zaman Dinasti Yuan Dan Telah Dibina Semula Serta Dibaikpulih Oleg Cheng Ho Semasa Beliau Memulakan Pelayarannya Ke Lautan Barat Dari Pelabuhan Tersebut Pada Peringkat Awal Yungle, Dinasti Ming (kira-kira 1405)
Thian Fei Palace (Palace of heavenly Empress) at the port of Liu Family, Fujian. Built in the Yuan Dinasty, this temple was rebuilt and renovated by Zheng He during his travel from the port of Liu family (circa 1405) during the early years of Yungle, Ming Dinasty
Sumbangan Yayasan Haji Muhammad Cheng Hoo, Surabaya Indonesia
Donated by Haji Muhammad Cheng Hoo Foundation, Surabaya, Indonesia
Bekas Pembakar Kemenyan
Brass Incense Burner
Majalah Komunitas Dan Buku Berkaitan Masjid Muhammad Cheng Ho Yang Disumbangkan Oleh Yayasan Haji Muhammad Cheng Hoo, Surabaya, Indonesia (Keluaran September 2009)
‘Komunitas’ Magazine and the books of Muhammad Cheng Ho Mosques donated by Haji Muhammad Cheng Ho Foundation, Surabaya, Indonesia (September 2009 issue)
Teko
Tea Pot
Pinggan Porselin (Biru) Dinasti Ming
Porcelain Plate (blue) in Ming Dinasty
Buku-Buku Penyelidikan Berkaitan Cheng Ho
The research books of Zheng He
Porselin Dengan Kaligrafi Islam
Porcelain with Islamic Calligraphy
Brosur Dan Risalah Berkaitan Cheng Ho Dan Pelayarannya
Brochure of Zheng He and his voyage
Gambar Pertunjukan Opera Ynag Bertajuk ‘Pelayaran Cheng Ho Ke Lautan Barat’ Yang Dipersembahkan Oleh Persatuan Melaka Pada Tahun 1967
The photo of the opera entitled ‘Zheng He’s Voyage To the West’ performed by the Melaka Association in 1967
Sumbangan Dari Datuk Datuk Tee Eng Tuan
Donated By Datuk Tee Eng Tuan
Kapal Awam
Civilian Ship
Kapal Perang
A Military Ship
Model Pasukan Kapal-Kapal Pelayaran Cheng Ho (Direkabentuk Oleh Muzium Sejarah Pengangkutan Luar Negeri Di Quangzhou, China)
The model of Zheng He’s ship (Constructed by the Historical Museum of Foreign Transportation in Quanzhou, China)
Kapal Saudagar
Merchant Ship
Kapal Pengangkutan
Transportation Ship
Kapal Harta Cheng Ho
Zheng He’s Treasure Ship
Kapal Kerajaan
Official Ship
Chukang – Maharaja Ming Yang Merupakan Merupakan Pendokong Utama Bagi Pelayaran Bersejarah Cheng Ho
Chukang – The Ming Emperor who supported Zheng He’s great voyages
Mangkuk Biru Xuande (replika) Bercorak Bunga Matahari (1426 – 1436)
Duplicate Xuande blue bowl with the pattern of branches and sun flowers petals (1426 – 1436)
Mangkuk (replika) Bercorak Bunga (1436 – 1464)
Duplicate flower folk bowl (1436 – 1464)
Replika Cap Mohor Yang Dihadiahkan Kepada Paramewara Oleh Maharaja China.
Disumbangkan oleh : Paladin Invision 8 Barb Mews London W6 & PA
Mangkuk (replika) bercorak Naga Hijau (1465 – 1487)
Duplicate white glazed bowl with the pattern of Green Dragon (1465 – 1487)
Batu Jade
Jade
Kain Sutera Putih
White Silk
Pinggan Porselin (Biru) Dinasti Ming.
Porcelain Plates (Blue) Ming Dynasty
PANGLIMA AWANG
COMMANDER (PANGLIMA) AWANG
Kesukaran tergambar dalam menyerlahkan riwayat hidup seorang tokoh yang terselindung di sebalik lipatan sejarah lebih-lebih lagi sejarah seorang hamba yang sememangnya tidak diberikan perhatian langsung dan terpinggir. Enrique of Melaka atau dalam dunia kreatif Melayu lebih dikenali sebagai Panglima Awang ialah hamba yang amat setia kepada tuannya Ferdinand de Magellan, tokoh yang dinobatkan Barat sebagai manusia pertama mengelilingi dunia menerusi pelayaran pada awal abad ke-16. Asalnya, hamba ini ialah seorang wira Melayu Melaka yang telah ditawan oleh Portugis semasa menakluki Melaka pada tahun 1511. Beliau kemudiannya telah dibawa ke Portugal dan diserahkan kepada Magellan. Kemudian Magellan telah menjadikan beliau sebagai pembantunya dan membawanya sebagai penunjuk arah pelayaran ke Timur hingga ke Pulau Sibu di Filipina pada tahun 1521.. Secara teknikalnya, Panglima Awang dapat dianggap sebagai manusia yang pertama mengelilingi dunia dan bukannya Magellan kerana dia mati terbunuh di Pulau Mactan, Sibu, Filipina. Sungguhpun Enrique tidak kembali semula ke titik permulaannya di Melaka tetapi dia sampai semula ke wilayah Melayu, tempat bahasa itu dipertuturkan sebagai lingua franca. Peristiwa ini dapat dianggap sebagai kejayaan besar jika diukur dari segi zaman peristiwa itu berlaku. Personaliti unggul ini dapat dijadikan model bagi diteladani khususnya kepada generasi muda dalam melengkapkan sahsiah diri kerana memiliki daya juang dan ketahanan untuk mengharungi lautan yang penuh misteri.
Memandangkan tiadanya rekod khusus maka jejak langkah Enrique of Malacca ditelusuri menerusi perjalanan riwayat hidup Ferdinand de Magellan. Dalam usaha ini, pengembaraan penyelidikan ini terpaksa merentas dari Timur ke Barat meliputi empat benua; menyeberang lautan serta menyelongkar beberapa buah perpustakaan dan arkib besar dunia untuk mengutip cebisan-cebisan fakta yang berselerak di sana sini bagi membangkitkan aura ‘wira’ Melayu Melaka ini daripada kekaburan dan kesamaran sejarah. Pengembaraan ini menjangkau beberapa lokasi di serata dunia termasuk di Cebu City, Filipina; Bandar Seri Begawan, Brunei; Kudat, Sabah; Tidore dan Ternate, Maluku, Indonesia; Goa, India; Cape Town, Afrika Selatan; Seville, Sepanyol; Lisbon, Portugal; Teluk Guanabara, Rio de Jenairo, Brazil; Rio de La Plata, San Julian, dan Rio Gallegos di Argentina serta Selat Magellan di Chile.
Diturunkan serangkap dua pantun bagi menyimpulkan kehebatan Enrique atau Panglima Awang, anak watan berasal dari Melaka:
It is hard to depict what is hidden in the past of a leader, hidden in the history of a slave, which was not given attention and left-out. Enrique of Melaka or in the Malay creative world, better known as Panglima Awang was very loyal servant to his master, Ferdinand de Magellan, crowned as a figure of the West as the first human traveller around the world in the early of 16th century.
Originally, he was a prisoner of war during the mission by Magellan in 1511 to conquered Melaka. He was then brought to Portugal when Albuquerque ordered Magellan home but returned to Cebu Island, Philippines in 1521 after being involved in an expedition to find his way to the East from a voyage to the West to Maluku Islands, under the flag of Spain.
Technically, Panglima Awang can be considered the first human to travel around the world and not Magellan because he was believed to be killed on Mactan Island. Though Enrique did not return to Melaka but he came back to the Malay archipelago, where the language was spoken as the lingua franca. This event could be considered a great success at that time. Outstanding personalities could inspire the younger generation to persevere and be resistant in the face of difficulties in the mysterious ocean.
Since there are no specific records, Enrique of Melaka’s trails were traced through the journey of the life of Ferdinand de Magellan. This research had to cross East to West across four continents - cross the ocean and explore several world libraries to collect bits of facts scattered here and there to bring up a Malay "hero" of Melaka'. The adventure spans several locations around the world including Cebu City, Philippines, Bandar Seri Begawan, Brunei, Kudat, Sabah, Tidore and Ternate, Maluku, Indonesia, Goa, India, Cape Town, South Africa, Seville, Spain, Lisbon, Portugal, Guanabara Bay, Rio de Jenairo, Brazil, Rio de La Plata, San Julian, and Rio Gallegos in Argentina and the Straits of Magellan in Chile.
WAJAH ZHENG HE (CHENG HO)
ZHENG HE (CHENG HO)
ZHENG He (Cheng Ho) adalah keturunan Sino-Arab dari Yunan dan seorang mukmin sepanjang hayatnya. Nama asalnya ialah Ma San Pao dan dilahirkan pada tahun 1371. Beliau menjadi hamba abdi ketika berumur 10 tahun setelah ditawan oleh Maharaja Ming. Memandangkan keberanian dan kebijaksanaan Zheng He, Maharaja melantik beliau sebagai Laksamana China.
Zheng He belayar sebanyak 7 kali dari China dan telah melawat beberapa negeri di Asia Timur, Asia Tenggara, Sri Lanka, India Selatan, Benua Arab dan Afrika Timur. Setiap kali pelayaran, beliau singgah di Melaka sama ada untuk sementara waktu atau menunggu perubahan angin. Beliau memainkan peranan penting dalam perhubungan antara Maharaja Ching, Yong Le dan Parameswara dan beliau sendiri menganjurkan Lawatan Parameswara ke Darbar untuk maharaja Yong Le pada tahun 1411.
Pelayaran Cheng Ho merupakan sesuatu pengembaraan yang setanding dengan pelayaran-pelayaran lain. Pelayaran akhir beliau adalah pada tahun 1432-33 dan beliau meninggal dunia pada tahun 1935. Walaupun pelayaran-pelayaran beliau tidak ditonjolkan, kaum China masih menyanjung Cheng Ho sebagai Dewa san Poh Kong.
Zheng He (Cheng Ho) was a Sino – Arab descendant of Yunan and a Muslim all his life. His original name was Ma an Pao and he was born in 1371. He served as a slave from age 10 after being captured by the Ming Emperor. Due to his great bravery and signs of wisdom, Zheng He was appointed as “Admiral to China” by the Emperor.
Zheng He sailed a total of 7 times from China and visited several countries in East Asia, South –East Asia, Sri Lanka, South India, Arabia and East Africa. Each time he sailed, he anchored in Melaka, either for short periods or to await a change of winds. He played a major role in relationship between the China Emperor, Yong Le and Ruler of Melaka -Parameswara and he funded Parameswara’s trip to Darbar for Emperor Yong Le in 1411.
The travels of Zheng He represent travels that are on par with other famous travelers. His last journey was from 1432-33. He died in 1935. Although his travels were not recognized at that time, the Chinese community hails Cheng Ho as “Dewa San Poh Kong” and hero worships him.