MUZIUM SEJARAH / HISTORY MUSEUM
DONDANG SAYANG
DONDANG SAYANG
Dondang sayang atau Dendang Sayang merupakan lagu tradisi rakyat yang berasal dari Melaka. Dondang sayang popular dalam kalangan kaum Melayu dan Baba dan Nyonya. Liriknya adalah gubahan pantun yang membawakan pelbagai tema untuk segenap lapisan masyarakat. Pengucapan berlagu adalah sebagai alat untuk menyampaikan maksud hati dan perasaan secara berkias (berselindung).
Dondang sayang dikatakan mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat semasa zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada peringkat awal, dondang sayang didendangkan secara berseorangan atau bersahaja untuk menghiburkan hati selepas penat bekerja. Ia disampaikan tanpa muzik. Apabila alat-alat muzik seperti rebana, gendang, tambur, kompang, tetawak dan gong dibawa masuk ke Tanah Melayu, muziknya digubah untuk mengindahkan lagu dondang sayang. Biola juga digunakan untuk mengiringi nyanyian. Lagu dondang sayang terdapat dalam beberapa versi. Antaranya ialah:
a. Dondang Sayang Melaka
b. Dondang Sayang Tanjung Surat
c. Dondang Sayang Temasik (Singapura)
d. Dondang Sayang Baba dan Nyonya Melaka, Singapura dan Pulau Pinang.
Persembahan dondang sayang dimulakan dengan gesekan biola, diikuti paluan rebana dan gong. Teknik menyampaikan pantun dimulakan dengan memendekkan aluan suara untuk kedua-dua baris pembayang maksud dan membayangkan sedikit apabila menyanyikan maksud pantun. Bagi lagu yang berentak asli memakan masa yang agak panjang untuk menghabiskan serangkap pantun kerana banyak kali pengulangan akan berlaku pada setiap baris. Lagu ini dinyanyikan secara berpasangan sama seperti berbalas pantun.
Majlis dondang sayang lebih meriah pada waktu malam. Majlis disusuli dengan joget lambak sebagai satu cara menghibur dan memupuk kemesraan masyarakat setempat. Di Melaka, dondang sayang terkenal sebagai alat perpaduan keluarga dan masyarakat kerana sering mengiringi acara kenduri kahwin.
Dondang Sayang or Dendang Sayang is a very popular traditional song which originated from Melaka. It was not only sung by the Malays but also by the Straits-born Chinese or the Babas and Nyonyas. The content of a traditional Malay poem is usually conveyed through its literal and figurative meanings. The intended message is embedded and sung, using meaningful poetic language, leaving the audience spellbound.
The Dondang Sayang existed since the days of the Melaka Sultanate. In the beginning, Dendang Sayang was sung individually mainly to entertain after a day’s work or to while away the hours. No musical instrument was used then, but later the singing was accompanied by various instruments like rebana, gendang, kompang (drums) and the gong. The violin was the main instrument that provided the melody while the beating of the different drums determined the rhythm. Dondang Sayang was known by several names, such as:
(a) Dondang Sayang Melaka
(b) Dondang Sayang Tanjung Surat
(c) Dondang Sayang Temasik (Singapore)
(d) Dondang Sayang of the Babas and Nyonyas of Melaka, Singapore and Penang.
The performance of the Dondang Sayang starts with the playing of the violin, followed by the beating of the drum and gong and the singing of the lyrics of the poem. For the first two lines, the notes are shortened while the notes of the last two lines are slightly lengthened to convey the figurative meaning of the poem. For indigenous music, it takes a longer time to sing one stanza because each line is repeated several times. Dondang Sayang is often performed at social functions with an exchange of verses between individuals, pairs or groups.
Dondang Sayang sessions are usually held at night together with the joget dance. After a hard day at a wedding, the people will relax with a dondang saying session and this will go on till late in the night.