MUZIUM KAPAL SELAM / SUBMARINE MUSEUM

SMD QUESSANT SEBAGAI KAPAL SELAM LATIHAN KEPADA TLDM

Latihan “Project Quessant Malaysia” melibatkan SMD Quessant dan 156 krew pelatih Kelas Perdana Menteri (berakhir pada 11 Julai 2009). Misi latihan bagi KD Tunku Abdul Rahman yang belayar meninggalkan limbungan Direction des Construction Navales Service (DCNS) Cherbourg, Toulon menuju ke Malaysia.

Semua krew Kelas Perdana Menteri dilatih sepenuhnya oleh staf sebuah firma swasta Perancis iaitu NAVFCO ; sebahagian dari Groupe DCI (Defense Consell International) yang terdiri dari bekas Tentera Laut Perancis.

Krew-krew pelatih terbabit perlu menghabiskan 9,000 jam latihan (4 tahun) di bawah permukaan air bersama kapal selam SMD Quessant. Terbahagi kepada 3 fasa Latihan iaitu latihan kuliah, imulasi (penyelaku) dan latihan kapal selam laut di bawah pengurusan dan arahan Komander SMD Quessant, Captian Commander Benoit Lemire.

Projek baik pulih SMD Quessant bermula secara rasmi pada 30 Oktober 2003 sebelum siap sepenuhnya pada 20 Oktober 2005 dan disewa oleh Malaysia untuk memulakan misi latihan di laut bagi melatih kesemua krew Kelas Perdana Menteri mulai 21 November 2005 sehingga selesai pada Rabu, 9 Julai 2009.

NAVFCO mula memberikan latihan kepada 156 krew pelatih Kelas Perdana Menteri di Sekolah Kapal Selam NAVFCO di Centre d'Instruction Naval (CIN) Brest, Perancis mulai 2003.

TOP