MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
SEJARAH PENUBUHAN MUZIUM
Berlatar belakang cita-cita dan matlamat ini maka tercetuslah idea untuk membangunkan Muzium Belia Malaysia pada penghujung tahun 1989. Inspirasinya datang daripada
Pemimpin Belia Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Mohd. Ali bin Mohd Rustam, ahli Majlis Perundingan Kerajaan Melaka yang juga Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Timbalan Presiden Persatuan Belia Sedunia.
Idea ini telah dikemukakan kepada sekumpulan kecil pemimpin MBM untuk diperdebatkan, seterusnya mendapat sokongan dan persetujuan Majlis Kerja Tertinggi MBM. Selepas diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak, yang telah memberi sepenuh sokongan, dikemukakan pula kepada Majlis Perunding Kerajaan Negeri Melaka. Majlis telah meluluskannya serta mengalu-alukan projek ini dan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Hj.Abd. Rahim bin Tamby Chik telah memberi sokongan beliau dengan memperuntukkan bekas bangunan Pejabat Pos untuk dijadikan Muzium Belia Malaysia. Beliau juga telah meluluskan bantuan permulaan sebanyak RM 100,000.00 daripada Kerajaan Negeri Melaka.untuk menubuhkan muzium.
Pada awal tahun 1990, Jawatankuasa Utama penubuhan muzium telah dibentuk dengan dipengerusikan oleh Datuk Mohd. Ali bin Mohd Rustam. Jawatankuasa ini terdiri daripada ahli dari Majlis Perunding Kerajaan Negeri Melaka, wakil-wakil dari Jabatan Setiausaha Negeri Melaka, serta pemimpin-pemimpin kumpulan-kumpulan belia, para akademik,wakil-wakil Muzium Negara, pemimpin-pemimpin professional yang terbabit dengan kerja muzium, serta wakil-wakil dari Kementerian dan Jabatan Belia dan Sukan.
Dengan input daripada kumpulan pemikir yang diketuai oleh Profesor Dr. Mohd Yusof Hashim, ahli sejarah yang terkemuka, Jawatankuasa bekerja dengan lancer. Beberapa jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk membantu melicinkan kerja Jawatankuasa, terutamanya :
- Jawatankuasa Binaan dan Insfrastruktur
- Jawatankuasa Kewangan
- Jawatankuasa Kakitangan dan Latihan
- Jawatankuasa Kajian dan Penerbitan
- Jawatankuasa Pengumpulan Bahan-bahan Pameran
- Jawatankuasa Pameran