GALERI MELAKA / MELAKA GALLERY

DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM

MALAY WORLD,ISLAMIC WORLD

Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 2000 hasil daripada resolusi konvensyen yang pertama pertubuhan ini. Penubuhan DMDI adalah hasil cetusan buah fikiran Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka yang ke-9.

Negara anggota DMDI terdiri daripada negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja, Afrika, China, Sri Lanka, Arab Saudi, Australia dan lain-lain lagi.

Muzium DMDI telah ditubuhkan pada tahun 2006, terletak di Jalan Kota, Melaka. Apa yang menariknya di dalam muzium ini turut mempamerkan beberapa galeri dari negara dunia Melayu khususnya dari Indonesia seperti Galeri Sawahlunto, Galeri Bangka Belitung, Galeri Sumatera Selatan dan Galeri Provinsi Riau. Pameran-pameran dari negara dunia Melayu ini ditempatkan di Muzium DMDI sebagai serampang dua mata bagi menyampaikan maklumat serta mempromosikan sesebuah daerah atau provinsi di Malaysia dan Indonesia.

Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) is a non-governmental organisation (NGO) founded in 2000 as a consequence of the organization's first convention decision. DMDI was founded by His Excellency Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, the 9th Chief Minister of Malacca at the time.

DMDI member countries include Malaysia, Indonesia, the Philippines, Singapore, Brunei, Thailand, Cambodia, Africa, China, Sri Lanka, Saudi Arabia, Australia, and others.

DMDI Museum was founded in 2006 and is located on Jalan Kota in Melaka. This museum is interesting since it also showcases numerous galleries from the Malay world, particularly from Indonesia, such as Sawahlunto Gallery, Bangka Belitung Gallery, South Sumatra Gallery and Riau Province Gallery. These exhibitions from the Malay world are displayed at the DMDI Museum to convey knowledge and promote an area or province in Malaysia and Indonesia.

TOP