GALERI MELAKA / MELAKA GALLERY
BELANDA DI MELAKA
THE DUTCH IN MELAKA
Dengan bermatlamat untuk mengawal dan memonopoli pelabuhan serta perdagangan di Selat Melaka, Belanda telah berhasrat untuk menduduki Melaka. Setelah beberapa kali cubaan merampas Kota Melaka daripada Portugis, akhirnya pada 14 Januari 1641, Melaka telah jatuh ke tangan Belanda. Portugis yang menjajah Melaka selama 130 tahun telah mengibarkan bendera putih dan mengaku kalah. Peperangan antara Belanda dan Portugis menyebabkan banyak kematian dari kalangan orang-orang Melaka termasuk askar Belanda dan Portugis. Orang-orang Portugis yang masih hidup dan dibebaskan untuk kembali ke Portugal bersama harta benda mereka manakala askar-askar Portugis telah dihantar ke Batavia. Kota Melaka yang mengelilingi Bukit Melaka yang dibina Portugis telah mengalami kerosakan yang besar diperbaiki dan diperkukuhkan oleh pihak Belanda. Pintu masuk ke dalam kota ditambah serta diukir dengan lambang bercirikan Belanda. Tidak lama kemudian, sekitar 1680-an, bangunan Stadthuys dibina sebagai pusat pentadbiran Belanda di Melaka.
The Dutch planned to capture Melaka in order to control and monopolise the port and trade in the Malacca Straits. After many attempts to seize Melaka from the Portuguese, Melaka ended up falling into Dutch hands on January 14, 1641. The Portuguese, who ruled Melaka for 130 years, raised the white flag of surrender and conceded defeat. Many Malaccans died as a result of the Dutch-Portuguese war, including Dutch and Portuguese soldiers. The survivors were allowed to return to Portugal with their belongings, while the Portuguese soldiers were transported to Batavia. The Dutch rebuilt and strengthened the city of Melaka, which surrounded Bukit Melaka and was erected by the Portuguese. The city's entryway was expanded and engraved with a typical Dutch emblem. Not long after, in the 1680s, the Stadthuys building was constructed as Malacca's Dutch administrative centre.