MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
MAJLIS KELAB-KELAB BELL BELIA TAMIL MALAYSIA
SEJARAH RINGKAS
1. Hasrat untuk berorganisasi di kalngan belia Tamil bermula sejak sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi. Untuk sama-sama menyiapkan diri bagi mengisi kemerdekaan itu, maka pada 16 Januari 1956 sebuah kelab telah ditubuhkan di Pulau Pinang atas nama KELAB BELL BELIA TAMIL.
2. Kemudian diikuti oleh belia-belia Tamil di Kuala Kangsar, Ipoh, Kuala Lumpur, Bagan Datoh, Teluk Intan, Tanjung Rambutan, Sungai Siput, Bukit Mertajam dan Batang Berjuntai.
3. Dengan tujuan untuk menyatupadukan semua kelab-kelab tersebut supaya tersusun dan dapat meluaskan peranannya, maka MAJLIS KELAB BELL BELIA TAMIL MALAYSIA telah ditubuhkan pada 31 Oktober 1966.
OBJEKTIF
1. Untuk menggabungkan semua kelab-kelab Bell Belia Tamil yang berdaftar dari seluruh negara.
2. Untuk menganjurkan penyatuan, ketinggian moral dan kualiti yang diperlukan di kalangan ahli-ahli Gabungan.
3. Untuk menjalinkan perpaduan di kalangan kaum India dan mengadakan hubungan yang baik dengan lain-lain kaum di Malaysia.
4. Untuk menambahkan lagi kesetiaan kepada negara dan berjuang untuk memejukan pembangunan kemanusiaan pada amnya.
5. Untuk meningkatkan kesedaran sivik, kesenian dan kebudayaan di kalangan kelab gabungan.
6. Untuk menggalakkan pendidikan dan sukan di kalangan kelan gabungan serta menggalakan mereka mengambil bahagian yang aktif dalam lapangan tersebut.
7. Untuk memastikan kemajuan Perkhidmatan Belia dan Dasar Belia Negara kepada kelab gabungan.
8. Untuk menganjurkan seminar, forum dan latihan bagi kemajuan ahli-ahli.
9. Untuk menerbitkan risalah, pekeliling, jurnal dan buku-buku bagi faedah belia dan orang ramai apabila perlu.
10. Untuk mengutip derma apabila perlu bagi mencapai objektif Malaysia.
11. Majlis ini tidak boleh melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti politik.
12. Untuk bergabung dengan lain-lain pertubuhan di Malaysia yang mempunyai persamaan dengan objektif Majlis.
13. Untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti kemajuan sains dan teknologi.
PERGERAKAN PEMUDA MALAYSIA
SEJARAH RINGKAS
Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) telah diasaskan pada tahun 1960 di Pekan Seremban oleh seorang pekerja belia yang terkenal di rantau ini, mendiang Encik Siow Loong Hing, dengan kerjasama daripada Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) dan Majlis Belia Malaysia. Pertubuhan ini pada awalnya dikenali sebagai Pergerakan Pekerja Pemuda. Ketika itu Pergerakan Pekerja Pemuda ini merupakan sebahagian daripada pergerakan belia serantau.
Pergerakan ini mempunyai falsafah yang bertujuan untuk membangunkan belia-belia supaya lebih dinamik, bertanggungjawab dan maju dalam pembangunan masyarakat. EnciK Siow Loong Hing merupakan genarasi ulung pekerja belia di Malaysia ini. Beliau merupakan Naib Pengerusi MBM mulai tahun 1955 sehingga 1965 dan beliau juga merupakan Naib Pengerusi Perhimpunan Belia Sedunia pada masa itu.
Encik Siow Loong Hing juga merupakan seorang perintis yang sangat dihormati di rantau ini. Pada tahun 1972, Pergerakan Pekerja Pemuda telah diberi nama Pergerakan Pemuda Malaysia dengan tujuan untuk menyebarkan falsafah pekerja belia dengan lebih berkesan seluruh peringkat masyarakat.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan minat belia dalam pekerjaan dan pembangunan sosial.
2. Memberi peluang kepada belia membuat sumbangan terhadap keluarga, persatuan, masyarakat dan bangsa.
3. Membantu belia dalam memajukan fikiran, sikap, kehidupan, kebudayaan, moral, etika, pendidikan dan latihan.
4. Menggalakkan belia-belia menyertai dan menyelenggara perkhidmatan masyarakat bersama-sama pertubuhan kebajikan yang lain.
5. Bekerjasama dengan badan-badan tempatan dan antarabangsa dalam menjalankan penyelidikan sosial.
6. Menigkatkan status sosio-ekonomi belia.
7. Menjalankan seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pertubuhan-pertubuhan kebajikan.
8. Menyokong perakuan Hak-Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu.
9. Menyokong Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara