MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

PERTUBUHAN GERAKAN BELIA BERSATU MALAYSIA (GBBM)

SEJARAH RINGKAS
Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia telah diasaskan oleh Saudara Tee An Chuan pada awal 1975. Sebelum itu Saudara Tee An Chuan adalah seorang pemimpin mahasiswa yang aktif dan beliau pernah menjadi Persiden Social and Political Study Club di University Malaya pada tahun 1971 hingga 1974. Beliau juga dipilih menjadi Ketua Pemuda MCA Negeri Melaka pada tahun 1974 hingga 1975.

Pada tahun 1970 hingga 1974, keselamatan dan ketenteraman negara telah tergugat oleh anasir subversif. Memandangkan keadaan demikian , Saudara Tee An Chuan tekah berbincang dengan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Alahyarham Datuk Ali bin Haji Ahmad dan mendapat persetujuan serta sokongan daripada YAB. Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia untuk menubuhkan Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia. Tujuannya ialah :-

a) Menarik belia-belia kaum Cina menyertai pergerakan belia melalui GBBM.

b) Merapatkan belia-belia kaum Cina dengan Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan.

c) Merapatkan belia-belia kaum Cina memahami fungsi jabatan-jabatan kerajaan serta peluang-peluang yang boleh mereka perolehi.

d) Mengambil bahagian dalam program kemajuan dan keharmonian masyarakat serta menjauhkan daripada diperalatkan oleh anasir subversif.

Cawangan GBBM yang pertama ditubuhkan ialah Cawangan Tehel, Daerah Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah pada 1 Januari 1975. Pada masa ini GBBM mempunyai 100 Cawangan yang disertai oleh 250,000 ahli yang berdaftar. GBBM telah didaftarkan secara rasmi pada 21 April 1976.

OBJEKTIF
Objektif GBBM ialah untuk menyatukan pemuda dan pemudi yang berumur antara 15 hingga 40 tahun di Malaysia dengan maksud hendak: -

1. Memperbaiki jiwa, gerak badan, rohani dan jasmani serta meninggikan akhlak ahli-ahli pertubuhan.

2. Memperbaiki semangat persahabatan di antara ahli-ahli dengan tidak mengira bangsa dan agama.

3. Menggalakkan pemuda-pemudi bertanggungjawab dalam hal ehwal tata rakyat dan masyarakat.

4. Menolong dan manggalakkan pemuda-pemudi mancari jalan supaya mereka dapat memainkan peranan yang berguna dalam masyarakat.

5. Mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan kebajikan yang memberi faedah kepada masyarakat dan ahli-ahli pertubuhan.

6. Mangajar dan menanam semangat kasih sayang dan taat setia kepada negara.

PERGERAKAN PEMUDA MALAYSIA

SEJARAH RINGKAS
Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) telah diasaskan pada tahun 1960 di Pekan Seremban oleh seorang pekerja belia yang terkenal di rantau ini, mendiang Encik Siow Loong Hing, dengan kerjasama daripada Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) dan Majlis Belia Malaysia. Pertubuhan ini pada awalnya dikenali sebagai Pergerakan Pekerja Pemuda. Ketika itu Pergerakan Pekerja Pemuda ini merupakan sebahagian daripada pergerakan belia serantau.

Pergerakan ini mempunyai falsafah yang bertujuan untuk membangunkan belia-belia supaya lebih dinamik, bertanggungjawab dan maju dalam pembangunan masyarakat. EnciK Siow Loong Hing merupakan genarasi ulung pekerja belia di Malaysia ini. Beliau merupakan Naib Pengerusi MBM mulai tahun 1955 sehingga 1965 dan beliau juga merupakan Naib Pengerusi Perhimpunan Belia Sedunia pada masa itu.

Encik Siow Loong Hing juga merupakan seorang perintis yang sangat dihormati di rantau ini. Pada tahun 1972, Pergerakan Pekerja Pemuda telah diberi nama Pergerakan Pemuda Malaysia dengan tujuan untuk menyebarkan falsafah pekerja belia dengan lebih berkesan seluruh peringkat masyarakat.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan minat belia dalam pekerjaan dan pembangunan sosial.

2. Memberi peluang kepada belia membuat sumbangan terhadap keluarga, persatuan, masyarakat dan bangsa.

3. Membantu belia dalam memajukan fikiran, sikap, kehidupan, kebudayaan, moral, etika, pendidikan dan latihan.

4. Menggalakkan belia-belia menyertai dan menyelenggara perkhidmatan masyarakat bersama-sama pertubuhan kebajikan yang lain.

5. Bekerjasama dengan badan-badan tempatan dan antarabangsa dalam menjalankan penyelidikan sosial.

6. Menigkatkan status sosio-ekonomi belia.

7. Menjalankan seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

8. Menyokong perakuan Hak-Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu.

9. Menyokong Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara

Loading

TOP