MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
SEJARAH RINGKAS
Idea untuk menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia telah ditimbulkan dalam bulan Ogos 1969 oleh mereka yang telah berkecimpung dengan lama dalam pergerakan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam (PKPIM). Akhirnya dalam bulan Ogos 1971 dalam mesyuarat agungnya yang ke 10, PKPIM menubuhkan ABIM.
Penubuhan ABIM telah dapat mengisi keperluan belia-belia Islam khasnya dan membantu institusi-institusi Islam yang sedia ada dan juga aktiviti-aktiviti dengan lebih cergas untuk kepentingan semua orang Islam di Malysia dan di rantau ini.
OBJEKTIF
1. Memperjuankan cita-cita Islamiah sesuai dengan ajaran asasi Al-Quranul Karim dan Sunah Rasulullah S.A.W
2. Menjalankan dakwah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat.
3. Menggembeleng tenaga belia Islam seluruhnya untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf hidup di dalam semua lapangan termasuk sosial, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi.
4. Mewakili belia-belia Islam di persidangan dalam dan luar negeri.
![]()
