MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
MAJLIS GABUNGAN BELIA NEGERI MELAKA
SEJARAH RINGKAS
Majlis Belia Negeri Melaka adalah badan induk belia yang pertama ditubuhkan di Negeri Hang Tuah untuk menggabungkan belia di negeri itu. Akibat pergolakan pucuk pimpinan, operasinya berakhir pada 1975. Tempatnya diambil oleh Majlis Gabungan Belia yang ditubuhkan dengan rasminya pada 26 Februari 1976.
Barisan pemimpin MGBM peringkat awal terdiri dari YAB Datuk Setia Haji Ghani Ali, Ketua Menteri Melaka selaku Pengerusi, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Datuk Abu Mansor Haji Hassan sebagai Timbalan Pengerusi, Pegawai Daerah Melaka Tengah, Encik Abd. Aziz Ariffin, Pegawai Daerah Alor Gajah, Encik Adenan Abd. Rahman, Pegawai Daerah Jasin, Encik Mohd. Nor Darus manakala Encik V. Sivaraman dan Encik C. Vonis sebagai Naib Pengerusi. Encik Jaafar Haji Mohd. Lasim dipilih sebagai Setiausaha Kehormat manakala Encik S.Sivapekiam sebagai Bendahari Kehormat.
Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri dari Encik Tee Ann Chuan, Encik Muhamad Hussein, Encik Ramli Abd. Rahim, Encik A. Veerasamy, Encik Hamzah Haji Bajuri, Puan Mariam Ramli, Encik Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Cik Narimah Abu Bakar.
OBJEKTIF
1. Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip-prinsip dan semangat sukarela dalam pergerakan belia.
2. Menyelaraskan kegiatan dan penglibatan pertubuhan belia, penyebaran maklumat mengenai kegiatan pertubuhan belia dan membaiki prestasi pertubuhan belia.
3. Menyatupadukan aspirasi belia dan menggabungkan tenaga kaum belia ke arah perubahan dan pembungunan dengan cara menggalakkan pengembangan minat dan menerapkan konsep-konsep kepimpinan 'Bersih, Cekap dan Amanah' menghayati - 'MANJARO' (Mental, Jasad dan Roh) dan 'POLEMAS' (Politik, Ekonomi dan Masyarakat).
4. Menanamkan semangat cintakan bangsa dan negara, bertanggungjawab, berdidikasi untuk maju.
5. Mewujudkan semangat bersatu dan bekerjasama untuk menjayakan program-program dan rancangan-rancangan yang memberi manfaat kepada masyarakat belia.
6. Memupuk dan menjalin semangat muhibah, persefahaman antara kaum dan penghormatan antarabangsa.
7. Mengemukakan pendapat dan perakuan-perakuan kepada Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau kepada badan-badan lain mengenai hal ehwal belia dan pembangunan belia untuk menwujudkan masyarakat belia yang progesif dan dinamik.
8. Menjalin hubungan dengan lain-lain majlis dan pertubuhan Belia Kebangsaan dan peringkat antarabangsa.
![]()
