GALERI MELAKA / MELAKA GALLERY

EMPAYAR KESULTANAN MELAYU MELAKA

THE EMPIRE OF MALAY SULTANATE OF MELAKA

Kebijaksanaan pemerintah dan pembesar, kemantapan sistem pentadbiran serta kedudukan geografi yang strategik merupakan faktor Melaka dapat menguasai politik di Selat Melaka. Kerajaan Melaka merupakan penguasa dan penaung kepada negeri-negeri Melayu di pantai timur Sumatera, kepulauan Riau dan Lingga serta seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Pelabuhan Melaka merupakan pelabuhan yang besar dan mempunyai dagangan dari segenap dunia timur dan barat dengan pelbagai barangan diniagakan. Ini dibuktikan melalui catatan menyatakan terdapat 84 jenis bahasa digunakan di pelabuhan Melaka. Di Melaka juga terdapat undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Undang-undang ini menjanjikan ketenteraman dan keselamatan bagi rakyat serta para pedagang untuk melaksanakan rutin harian dan perniagaan. Hubungan baik Melaka dan China juga telah mewujudkan keamanan di rantau ini dari ancaman musuh terutamanya Siam.

Malacca's ability to control politics in the Malacca Straits is due to the wisdom of the government and dignitaries, the solidity of the administrative system, and the advantageous geographical position. The Malacca Kingdom is the ruler and patron of the Malay states along Sumatra's east coast, the islands of Riau and Lingga, and the Malay Peninsula as a whole.

A variety of items are exchanged in the vast port of Melaka, which attracts trade from both the eastern and western worlds. This is supported by records indicating that 84 languages are spoken in the Malacca port. There are laws in Malacca as well, including the Melaka Law and the Melaka Law of the Sea. This law guarantees law and order so that citizens and businesspeople can go about their everyday activities and conduct business. The close relationship between Malacca and China has also helped to keep the region safe from foes, particularly Siam.

TOP