MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
BELIA DALAM BIDANG PENULISAN, PEMIKIRAN, PENDIDIKAN DAN POLITIK, SEBELUM 1950AN
Terdapat tokoh-tokoh veteran negara yang terkenal di dalam bidang masing-masing. Mereka telah pun cergas sejak zaman belianya. Ada yang cergas menjadi pemimpin persatuan-persatuan pelajar sekolah menengah dan maktab. Ada yang menjadi penulis kritik-sosial sejak di bangku sekolah. Pada masa dewasanya mereka menjadi tokoh pemimpin parti-parti politik utama tanahair. Mereka yang berbakat sebagai pemikir budaya dan pendidikan menyalurkan gagasan dan pemikiran mereka dengan tajamnya menerusi penulisan pojok di majalah, akhbar dan hasil kreatif. Ada yang menjadi ahli bahasa.
Sebagai pemikir dan pencetus gagasan, tokoh-tokoh penulisan, wartawan, sasterawan dan pemimpin pelajar ini mempunyai daya intelektual, bermtalamat dalam perjuangan dan vision untuk memaju dan mempertingkatkan marwah bangsa Melaayu. Tokoh pendidikan berjuang untuk meninggikan taraf pendidikan dan pelajaran anak peribumi negara ini, di samping menyedari betapa kemunduran hidup bangsa peribumi disebabkan tekanan penjajahan dan persaingan dengan para imigran bangsa asing. Tokoh belia yang berpotensi sebagai pemimpin pelajar dan peneraju politik menaja gagasan anti -penjajahan, meniupkan semangat kebangsaan di kalangan peribumi Tanah Melayu dan berjuang untuk kemerdekaan menerusi penulisan, belia wartawan menyeru supaya orang Melayu bekerja keras untuk menaikkan taraf ekonomi dan kemajuan hidup mereka.
Guru-guru muda yang cergas dalam penulisan turut berjuang ke arah ini, sejaak menuntut ke Maktab Perguruan sultan Idris (MPSI) tokoh penulis yang wajib ditampilkan ialah Harun Aminurrashid, Abdullah sidek, Mahmud Ahmad, Ahmad Murad dan Ahmad Bakhtiar. Ikatan Pemuda Pelajar (IPP) dan Belia Malaya (BM) yang ditubuhkan pada tahun 1929 adalah persatuan pelajar di MPSI yang berbau politik. Ketua mereka ialah Ibrahim Yaakub. Beliaulah kelak bersama tokoh-tokoh lain menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KKM) tahun 1938, pertubuhan politik yang pertama bersikap anti-Inggeris.
Aminuddin Baki yang mengagaskan persatuan Pelajar Insaf (PERMI) di Ipoh menggabungkan semua persatuan pelajar Melayu sekolah menengah dan maktab pada tahun 1948, lalu dinamakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Mereka bergiat di dalam gerakbalas kebangsaan, menyuru anak-anak Melayu menuntut ilmu hingga ke peringkat setinggi-tingginya dan berjuang untuk kemerdekan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris dan belenggu ekonomi bangsa asing.
Zainal Abidin bin Ahmad (ZA'ABA) sejak masa belianya giat menulis rencana di majalah dan akhbar bahasa Melayu dan Inggeris menasihat dan menyeru supaya majal
dan akhbar bahasa Melayu dan Inggeris menasihat dan menyeru supaya orang-orang Melayu bangkit dan maju di dalam ekonomi dan pelajaran. Sebagai tokoh akademik, berdakwah Islam dan ahli bahasa yang unggul belia kemudiannya menyandang gelaran 'pendeta'
Sepanjang zaman belianya, gagasan dan perjuangan politik anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad disalurkan menerusi penulisan. Beliau yang berpendidikan Inggeris adalah
seorang wartawan dan sasterawan, menganggotai sidang pengarang akhbar Warta Melaya dan Utusan Melayu. Novel simboliknya yang pertama tahun 1937, Putera Gunung Tahan, menghentam penjajah Inggeris secara sindiran.
Tokoh belia Melayu lain yang sealiran perjuangan politik anti-penjajahan dan menuntut kemerdekaan Tanah melayu ialah Dr. Burhanuddin Al- Helmy dan Ahmad Boestaman. Tanpa putus-putus, mereka menulis di dalam akhbar dan majalah tentang cita-cita pembentukan persatuan rumpun bangsa Melayu. Dr Burhanuddi menghadiri Persidangan Asia-Afrika di Bandung, Indonesia. Bakat politik para belia ini menonjol pada zaman dewasanya dalam pembentukan dan penarajuan parti-parti politik nasionalis Tanah melayu. Di Sarawak, aktiviti politik belia bergerak menerusi Pergerakan Pemuda Melayu (PPM), iaitu cabang pemuda bagi Persatuan Melayu Sarawak (ditubuhkan tahun 1939). Mereka Menantang kekuasaan Raja Brooke. Kemuncak penentangan ialah gerakan anti-penyerahan Sarawak kepada keraajan Inggeris, tahun 1946-1949. Di antara tokoh belia yang terkemuka ialah Rosli Dhobi, Awang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong.