MUZIUM TYT / TYT MUSEUM

UNDANG-UNDANG NEGERI YANG BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN

Jika mana-mana undang-undang Negeri adalah berlawanan dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah dipakai dan udanng-undang Negeri hendaklah terbatal, setakat mana ianya berlawanan dengan undang-undang persekutuan itu.

Kuasa Parlimen Membuat Undang-Undang Untuk Negeri-Negeri Dalam Hal-Hal Tertentu
(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebutkan dalam Senarai negeri, tetapi hanya seperti berikut sahaja :
    a. Bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negeri lauab atau apa-apa keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan.
    b. Bagi maksud mengadakan persamaan Undang-undang di antara dua buah Negeri atau lebih
    c. Jika diminta sedemikian oleh mana-mana Dewan Negeri

(2) Tiada sesuatu undang-undang boleh dibuat menurut perenggan (a) Fasal (1) mengenai apa-apa perkara berhubung dengan hukum Syarak atau adat istiadat orang Melayu atau mengenai apa-apa perkara berhubung dengan undang-undang atau istiadat bumiputera di Negeri-negeri Borneo dan tiada sesuatu Rang Undang-Undang bagi maksud dijadikan suatu undang-undang di bawah perenggan itu boleh dikemuka akan dalam mana-mana Majlis Parlimen sehingga Kerajaan Negeri berkenaan itu telah diminta fikirannya.

(3) Tertakluk kepada Fasal (4), sesuatu undang-undang yang dibuat menurut perenggan (b) atau perenggan (c) Fasal (1) tidak boleh berkuatkuasa di mana-mana Negeri sehingga undang-undang itu telah diterima dengan suatu undang-undang persekutuan, dan oleh yang demikian undang-undang itu boleh dipinda atau dimansuhkan oleh suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu.

(4) Parlimen boleh, bagi maksud hanya menentukan persamaan undang-undang dan dasar, membuat undang-undang mengenai pemegang tanah, perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa, pendaftaran hakmilik dan surat ikaran berhubung dengan tanah, pindah milik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian mengenai tanah, ismen dan lain-lain hak dan kepentingan mengenai tanah, mengambil tanah dengan paksa. Mengenai kadar dan penilaian tanah dan kerajaan tempatan dan Fasal (1) (b) dan (3) tidak boleh dipakai bagi apa-apa undang-undang mengenai mana-mana perkara itu.

Perlantikan Yang Di-Pertua Negeri
Perlembagaan Negeri mensyaratkan pemilihan seorang Yang Di-Pertua Negeri bagi sesebuah Negeri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong yang bertindak mengikut budi bicaranya tetapi setelah berunding dengan Ketua Menteri, di bawah Fasal 1 (1) dan memerintah secara Perlembagaan selama empat tahun, mengikut Fasal 1(2).

Perlembagaan Negeri Melaka menurut Fasal 5 (1), menggariskan bahawa Yang Di Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam dalam Negeri dan sebuah Majlis perlu ditubuhkan oleh Badan Perundangan untuk menasihatkan Yang Di Pertuan Agong tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

T.Y.T Adalah ‘Kepala Negeri’ dan lambang keunggulan, perpaduan dan taat setia rakyat Malaysia kepada Undang-undang dan Perlembagaan. Pertabalan T.Y.T merupakan satu peristiwa penting yang bersejarah bagi Malaysia dan dilaksanakan menurut kebesaran adat-istiadat raja-raja Melayu yang gilang-gemilang.

Loading

TOP