MUZIUM TYT / TYT MUSEUM
PERLEMBAGAAN NEGERI MELAKA
Memperuntukan bahawa :-
Maka hendaklah ada seorang Yang Di-Pertua Negeri bagi Negeri yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong yang bertindak mengikut budi bicaranya tetapi selepas berunding dengan Ketua Menteri.
Yang Di-Pertua Negeri hendaklah dilantik selama tempoh empat tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang Di Pertuan Agong dan boleh dipecat dari jawatannya oleh Yang Di Pertuan Agong menurut satu perutusan oleh Dewan Undangan Negeri yang disokong dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahlinya. Badan Perundangan boleh dengan Undang-undang membuat peruntukan bagi bertindak mengikut budi bicaranya tetapi selepas berunding dengan Ketua Menteri, melantik seorang untuk menjalankan tugas-tugas itu oleh apa-apa sebab lain; tetapi tiada seseorang boleh dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri. Seseorang yang dilantik boleh mengambil tempat Yang Di-Pertua Negeri sebagai seorang ahli Majlis Raja-Raja dalam apa-apa tempoh dalam masa ia boleh menjalankan tugas-tugas Yang Di-Pertua Negeri dibawah fasal itu.
Kelayakan-kelayakan dan perkara-perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang Di-Pertua Negeri
Seseorang yang bukan sesorang warganegara atau yang adalah seorang warganegara dengan cara masukan atau dengan cara pendaftaran di bawah perkara 17, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dilantik menjadi Yang Di-Pertua Negeri. YangDi-Pertua Negeri tidak boleh memegang apa-apa jawatan berpendapatan dan tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa enterprais perniagaan.
Badan Perundangan hendaklah dengan undang-undang memperuntukan suatu Senarai Sivil bagi Yang Di-Pertua Negeri, yang mana hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan dan tidak boleh dikurangkan dalama masa ia memegang jawatan itu. Yang Di-Pertua Negeri hendaklah, sebelum menjalankan tugas-tugasnya, mengangkat dan menandatangani di hadapan Hakim Besar atau dihadapan seorang Hakim Mahkamah Tinggi, suatu sumpah atau ikrar dalam bentuk yang dinyatakan dalam jadual Pertama. Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 1 (3) hendaklah membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubahsuaian-ubahsuaian yang perlu) dengan Fasal (1).
Kuasa Eksekutif Negeri
Tuan Yang Di-Pertua Negeri dikurniakan dengan ‘Kuasa Eksekutif Negeri’ mengikut Perlembagaan Negeri Melaka. Dalam menjalankan tugas ini, T.Y.T tidak bertindak bersendirian tetapi sebaliknya di atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang membentuk kerajaan. T.Y.T juga adalah pemerintah Tertinggi Negeri. Perlembagaan Negeri Melaka turut menggariskan beberapa fasal bersabit kuasa-kuasa yang dipegang oleh Yang Di-Pertua Negeri. Kuasa ini termasuklah melantik seorang Ketua Menteri di bawah fasal 8.
(1) Dan memberhenti dan membubarkan Dewan Undangan Negeri mengikut fasal 19 (2)
(2) Yang Di-Pertua Negeri juga berkuasa untuk memberi persetujuan kepada mana-mana:
- Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dibawah fasal 26 (1); dan melucutkan mana-mana orang yang telah dikurniakan apa-apa gelaran, martabat atau bintang kehormatan dan kebesaran yang dikurniakan olehnya jika orang itu telah melakukan kesalahan besar atas nasihat Ketua Menteri, mengikut fasal 34B.
Jelas bahwa Yang Di-Pertua Negeri sentiasa melindungi kepentingan rakyat dan memberi sokongannya supaya urusan kerajaan berjalan lancar, demi kemakmuran rakyat dan negara.
Kuasa Eksekutif Negeri
Tuan Yang Di-Pertua Negeri dikurniakan dengan kuasa eksekutif negeri mengikut Perlembagaan Negeri Melaka. Dalam menjalankan tugas ini, T.Y.T tidak bertindak sendirian tetapi sebaliknya di atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang membentuk kerajaan. T.Y.T juga adalah Pemerintah Tertinggi Negeri. Perlembagaan Negeri Melaka turut menggariskan beberapa fasal bersabit kuasa-kuasa yang dipegang oleh Yang Di-Pertua Negeri. Kuasa ini termasuklah melantik seorang Ketua Menteri di bawah fasal 8 (2), dan memberhentikan dan membubarkan Dewan Undangan Negeri mengikut fasal 19 (2) Yang Di Pertua Negeri juga berkuasa untuk memberi persetujuan kepada mana-mana Rang Undang-Undang.
Kuasa Parlimen Memperluaskan Kuasa-Kuasa Perundangan Bagi Negeri-Negeri:
(1) Adalah dengan ini ditetapkan bahawa kuasa Parlimen bagi membuat undang-undang mengenai sesuatu perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan adalah termasuk kuasa membenarkan Badan-Badan Perundangan Negeri atau mana-mana daripada membuat undang-undang mengenai kesemua atau sebahagian perkara itu tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan (jika ada) yang dikenakan oleh Parlimen.