MUZIUM TYT / TYT MUSEUM

PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI

Had Undang-Undang Persekutuan dan Negeri
Pada menjalankan kuasa-kuasa perundangan yang diberi kepadanya oleh Perlembagaan ini :-

  1. Parlimen boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau mana-mana bahagian Persekutuan dan juga undang-undang yang berkuatkuasa luar serta dalam Persekutuan.

  2. Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau mana-mana bahagian Negeri itu.

Hal Perkara Bagi Hal Undang-Undang Persekutuan dan Negeri
  1. Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi kepada Parlimen boleh membuat undang-undang oleh mana-mana perkara lain. Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama iaitu, Senarai Pertama atau Ketiga yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan.

  2. Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama.

  3. Kuasa untuk membuat undang-undang yang diberi oleh perkara ini hendaklah dijalankan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan ini ke atas sesuatu perkara tertentu.

  4. Jika perbahasan am serta perbahasan tertentu digunakan pada memperlihatkan mana-mana jua perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan maka keluasan makna perbahasan am itu tidak boleh ditafsirkan sebagai terhad oleh perbahasan tertentu.

PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI

Perlembagaan Persekutuan dibawah Bahagaian 5, perkara 70, mengenai Negeri-negeri, memperuntukan mengenai perkara-perkara Keutamaan Raja dan Yang Di-Pertua Negeri:

70 (1) Tertakluk kepada keutamaan Yang Di Pertuan Agong dan Permaisurinya, Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dan tiap-tiap seorang Raja atau Yang Di-Pertua Negeri adalah, dalam negerinya sendiri, mengambil keutamaan mengatasi Raja dan Yang Di-Pertua Negeri yang lain.

70 (2) Tertakluk kepada Fasal (1), Raja adalah mengambil keutamaan mengatasi Yang Di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri mengikut tarikh mereka diangkat menjadi Raja, dan Yang Di-Pertua Negeri adalah, antara mereka sendiri, mengambil keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri; dan jika Yang Di-Pertua Negeri dilantik sama sehari maka yang tua hendaklah mengambil keutamaan mengatasi yang muda.

Perlembagaan Persekutuan dibawah Bahagian 5, perkara 71, juga memperuntukan, jaminan Kerajaan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri : dan memegang, menikmati dan keistimewaan-keistimewaan Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; akan tetapi apa-apa pertikaian tentang hak untuk mewarisi sebagai Raja mana-mana Negeri hendaklah diputuskan hanya boleh mana-mana pihak berkuasa dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukan oleh Perlembagaan Negeri itu.

Loading

TOP