MUZIUM TYT / TYT MUSEUM

GABENOR INGGERIS DI MELAKA

Pentadbiran sementara Inggeris di Melaka di antara 1795 sehingga 1818 tidak membawa banyak perubahan, khususnya di bidang pentadbiran dan perundangan. Gabenor William Farquhar merobohkan sebahagian besar Kota Melaka dengan perbelanjaan yang besar.

Abdullah Munsyi mencatatkan kejadian itu dengan penuh kritis dan kesedihan. Berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka dengan rasminya diletakkan di bawah bidang pengaruh Inggeris, manakala Bengkulin diserahkan kepada Belanda. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura kemudiannya dicantumkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

Melalui suatu Piagam Keadilan Diraja, undang-undang dan sistem keadilan diseragamkan. Pentadbir Inggeris di Melaka melaksanakan rancangan pemulihan guna tanah, peningkatan infrastruktur untuk memulihkan masalah yang berkaitan dengan ekonomi di Melaka.

Berikutan kejayaan Inggeris di dalam Perang Naning, perlombongan bijih timah diusahakan sehingga tahun 1862. Namun demikian, apabila pentadbiran Negeri Selat diambil alih oleh Pejabat Tanah Jajahan di London pada tahun 1867, Melaka masih mencatatkan defisit kewangan yang ketara. Selain perlombongan, penanaman ubi kayu dan getah turut membantu pertumbuhan Melaka.

Sehingga 1931, terdapat sekitar 496 orang Eropah di Melaka, termasuk sejumlah kecil pegawai pentadbir Inggeris.

Loading

TOP