MUZIUM ORANG ASLI/ ORANG ASLI MUSEUM
JOGET LAMBAK
Pada malamnya pula diadakan pesta joget lambak. Tarian tradisi ini memberi peluang kepada kedua keluarga untuk bersuka ria dan bermesra selepas berpenat lelah pada siang harinya. Sama ada teruna, dara, ibu bapa, janda atau duda diberikan kebebasan untuk memilih pasangan untuk menari. Suasana bertambah meriah apabila tarian ini akan diiringi dengan gesekan biola, pukulan gong dan kompang. Pesta ini berlarutan sehingga lewat malam sehinggalah mereka berasa keletihan dan puas.