MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM
OBJEKTIF
1. Memelihara dan mengukuhkan prinsip kesukarelawan dan demokrasi dalam pergerakan belia.
2. Untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan kemahiran dan aktiviti-aktiviti dalam kalangan pertubuhan-pertubuhan belia.
3. Untuk membuat cadangan dan perakuan kepada pihak Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan badan-badan lain yang berkenaan dalam segala perkara berkaitan dengan kepentingan belia.
4. Untuk menjamin dan mengekalkan perhubungan dengan pertubuhan-pertubuhan kebangsaan dan antarabangsa.
5. Untuk memberi kerjasama dalam segala aktiviti pembangunan belia dan menggalakkan pertumbuhan pertubuhan belia sukarela.
6. Menggalakkan persefahaman antarabangsa, saling hormat-menghormati antara kaum, kerjasama dan harmoni menerusi aktiviti-aktiviti belia.
7. Membantu dalam usaha menubuhkan organisasi yang baru untuk pembangunan aktiviti belia.
8. Menggalakkan kecenderungan moral, fizikal, ekonomi dan kemajuan pendidikan di kalangan belia Malaysia.
9. Menggalakkan objektif pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang lain yang berkaitan dengan Majlis Belia Malaysia.
10. Bekerjasama rapat dengan agensi-agensi yang bertanggungjawab dengan kegiatan belia.