MUZIUM BELIA / YOUTH MUSEUM

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

SEJARAH RINGKAS
Kementerian Belia dan Sukan diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Kerajaan dalam bidang belia dan sukan.

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan bermula dengan pembentukkan Bahagian Belia di Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Selepas mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, Bahagian Kebudayaan pula telah diwujudkan di Kementerian Penerangan dan Penyiaran.

Memandangkan pentingnya peranan belia dan kebudayaan dalam konteks pembangunan Negara, maka pihak kerajaa telah membuat keputusan untuk menyatukan kedua unsu ini di bawah satu Kementerian yang dinamakan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang telah diwujudkan dalam tahun 1984.

Pada 20 Mei 1987, Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan kepada satu Kementerian yang baru diwujudkan iaitu Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Dengan itu, kini ianya dikenali sebagai Kementerian Belia dan Sukan.

MATLAMAT
Matlamat utama Kementerian Belia dan Sukan Adalah untuk : “Membina satu masyarakat belia yang bersatu padu, berakhlak tinggi, berdisiplin, dan bergerak maju dalam bidang ekonomi dan social dan pembinaan satu masyarakat yang sihat dan cergas kea rah perpaduan Negara”.

Loading

TOP