Galeri Portugis
UPACARA PERNIKAHAN
Upacara pernikahan lazimnya diadakan di gereja. Upacara ini dilaksanakan oleh seorang paderi dengan disaksikan oleh ibubapa dan saudara-mara terdekat kedua-dua belah pihak. Selesai acara pernikahan, pasangan mempelai diraikan di dalam dewan atau balai. Kehadiran pasangan pengantin ini akan disambut oleh para tetamu dengan taburan bunga dan renjisan air wangi.
Para tetamu akan dijamu dengan makanan tradisi seperti kari dabel dan minuman keras sambil dipersembahkan dengan tarian Branyo. Majlis tari menari akan berterusan sehingga ke lewat malam. Pada hari Ahadnya pula, pasangan pengantin akan bertandang ke rumah saudara-mara kedua-dua pihak bagi meraikan saudara-mara yang penat membantu sepanjang majlis perkahwinan dijalankan