Galeri Portugis
MUZIK DAN TARIAN
Muzik dan tarian masyarakat Portugis di Melaka mempunyai ciri-ciri pantas dan ceria. Alat muzik yang sering digunakan ialah gitar, tamborin, akordion dan rebana. Pasangan penari akan mengenakan pakaian yang berwarna-warni, di mana lelaki memakai jaket boleroberwarna hitam dan topi manakala wanita memakai skirt bersulam berwarna-warni. Lagu dan tarian utama termasuk Branyo, Tianika, Maliao dan Farapeira. Salah-satu lagu yang paling popular di kalangan masyarakat Portugis di Melaka ialah Jingkli Nona.
TARIAN
Dalam masyarakat Portugis, terdapat beberapa jenis tarian, antaranya Branyo dan Farapeirra yang kekal hingga ke hari ini. Terdapat juga beberapa lagi tarian masyarakat Portugis yang telah atau hampir pupus iaitu Kanji Papa, Sarampeh, Riba de Barku, Veri Hi dan Corte Forte.