GALERI KETUA MENTERI MELAKA

DATUK SETIA HAJI ABDUL GHANI BIN ALI

(1 OGOS 1972 – 10 JULAI 1978)

Datuk Setia Haji Abdul Ghani dilantik untuk memangku jawatan Ketua Menteri Melaka, menggantikan Datuk Haji Talib Karim pada 31 Julai 1972. Datuk Setia Haji Abdul Ghani mengambil tindakan cepat di dalam mengendalikan krisis ketika itu dengan memberi tumpuan kepada pembangunan negeri Melaka. Beliau turut mengusahakan tebus guna tanah pantai seluas 440 ekar tanah di Bandar Hilir dan Tengkera untuk dimajukan dengan projek rumah kedai dan ruang pejabat,hotel, kompleks membeli-belah, hospital dan pangsapuri yang kini dikenali sebagai Taman Melaka Raya dan Taman Kota Laksamana. Datuk Setia Haji Abdul Ghani juga mewujudkan tapak serta dikekalkan perniagaan baru dengan mengubah suai stesen keretapi yang telah lama ditinggalkan di sepanjang Jalan Hang Tuah dengan memberi hak milik tanah kepada MARA, PKNM, Lembaga Pertanian, Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), UMNO dan Persatuan Teksi Melaka serta beberapa syarikat swasta. Datuk Setia Haji Abdul Ghani turut mendapatkan persetujuan Kementerian Pengangkutan dan Kewangan untuk menempatkan sebuah jeti di Tanjung Keling. Lapangan Terbang Batu Berendam juga dinaiktaraf bagi kemudahan kepada semua terutama para pelabur. Datuk Setia Haji Abdul Ghani juga mengusahakan pembukaan tanah seluas 1,800 ekar dengan penanaman kelapa sawit di Mukim Semujuk, Jasin yang kini dikenali sebagai Felcra Lembah Kesang.

Loading

TOP