GALERI KETUA MENTERI MELAKA

DATUK SERI ABU ZAHAR BIN HAJI ISNIN

(23 MEI 1997-2 DISEMBER 1999)

Datuk Seri Abu Zahar dilantik ke jawatan Ketua Menteri Melaka kelapan pada 23 Mei 1997 berikutan kematian Allahyarham Datuk Seri Haji MohdZin. Beliau menjawat jawatan ini sehingga 2 Disember 1999. Beliau berusaha menjadikan Melaka sebagai “Koridor Ilmu” sebagaimana Melaka pernah menjadi pusat kegiatan ilmu di nusantara ketika 500 tahun dahulu dengan menyediakan segala kemudahan seperti menambah institusi pendidikan di Melaka. Datuk Seri Abu Zahar juga mempunyai perancangan masa depan untuk membangunkan Melaka menjadi ‘City-State’. Beliau mewujudkan Desa Wawasan seluas 274 ekar di Desa Datuk Murad, Merlimau bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat. Selain itu, beberapa projek perumahan dijalankan menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Perbadanan Tanah Adat Melaka (PERTAM) serta pihak swasta. Selain itu juga, Datuk Seri Abu Zahar mewujudkan satu projek Koridor Teknologi Maklumat Melaka (MITC) di kawasan seluas 120 hektar berdekatan Taman Perindustrian Krubong bernilai RM 500 Juta. Melalui projek ini, Kerajaan Negeri Melaka akan maju dalam bidang teknologi maklumat seiring dengan kepesatan kemajuan di Koridor Multimedia (MSC) di Cyberjaya. Datuk Seri Abu Zahar turut bergiat di dalam badan-badan sukarela, belia, dan kebajikan.

Loading

TOP