GALERI KETUA MENTERI MELAKA
TAN SRI DATO' KURNIA JASA OTHMAN BIN TALIB
(31 OGOS 1957-31 MEI 1959)
Tan Sri Dato' Kurnia Jasa Othman bin Talib dilantik menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan. Melaka dibangunkan menjadi sebuah pusat pelabuhan perdagangan bertaraf kelas pertama bagi menggerakkan industri perdagangan. Bagi tujuan pertahanan pula, sebuah kem tentera bernilai RM 30 juta dibina di Bukit Terendak yang mampu menampung seramai 3,000 anggota tentera Komanwel. Rancangan pembangunan penempatan kaum Melayu dan Cina di Kemendor dan Solok Menggong bernilai RM 1 juta telah diilhamkan oleh beliau. Pembinaan saluran paip dalam laut sepanjang 2,800 kaki untuk Terminal Pelabuhan Melaka di Tanjong Kling dibina untuk merancakkan aktiviti perdagangan. Beliau juga mewujudkan pelan perumahan berjumlah RM 20 ribu dan sebuah poliklinik untuk kemudahan kesihatan di Jalan Kubu bernilai RM 500 ribu diwujudkan. Beliau juga menyediakan peruntukan berjumlah RM 113,118.00 bagi tujuan keagamaan dan kebudayaan Melayu.