GALERI KETUA MENTERI MELAKA

DATUK SERI MOHD. ZIN BIN HAJI ABD.GHANI

(14 OKTOBER 1994-14 MEI 1997)

Datuk Seri Haji Mohd Zin beliau diberi mandat oleh Perdana Menteri untuk menggantikan Tan Sri Haji Abdul Rahim Tamby Chik selaku Ketua Menteri Melaka ketujuh pada 14 Oktober 1994. Beliau merupakan seorang pemimpin yang mementingkan mutu kerja dan sentiasa mengikuti perkembangan projek-projek yang dilaksanakan agar mencapai matlamat pembangunan seperti yang dirancangkan. Datuk Seri Haji Mohd Zin mewujudkan pelbagai program untuk membangunkan Melaka. Beliau menekankan tiga aspek utama dalam pembangunan Melaka melalui sector pertanian, perindustrian dan pelancongan. Sektor pertanian dikomersialkan untuk memberikan faedah dan keuntungan kepada para petani seperti pemprosesan buah untuk dijadikan barangan jualan antaranya jus, acar serta jeruk limau. Beliau merupakan seorang pentadbir yang mengambil berat terhadap pentadbiran negeri Melaka agar sentiasa cekap dalam menjalankan usaha-usaha pembangunan negeri. Bagi mewujudkan masyarakat maju yang seiring dengan wawasan beliau untuk membebaskan masalah kemiskinan rakyat, beliau merancang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi memastikan semua golongan rakyat tidak terpinggir.

Loading

TOP